30 Disember 2009


Catatan pada hari-hari akhir 2009.

Tahun ini terlalu banyak peristiwa.. Sama ia satu sejarah atau tidak. Kenangan terus memburu. Bukan untuk menyesali, cuma sesekali perlu difikir biar masa mendatang tidak mengulangi.

25 Disember sudah lepas. Lahir lagi generasi baru MPR iaitu generasi MPR 09.
Rupanya sudah tiga tahun program ini melewati saya..

Sejak dari tahun 80-an ia mengasuh generasi karyawan.. Lihatlah sekarang, kebanyakan karyawan yang mendominasi arena penulisan tanah air dari golongan ini..

Namun, sejauh mana saya mengambil taujih dan ibrah dari mereka?
Saya mendoakan kejayaan teman dari jauh, sambil bertanya akan diri. Sampai bila mahu menyepi.. Melayar rasa di laman blog ini.. Memang ada natijahnya.. Namun kepuasan memberi itu lebih nyata andai saya juga turut ada bersama-sama mereka, sahabat seperjuangan karyawan.

Semua orang makruf, karyawan juga boleh menjadi satu wasilah kepada perkembangan ilmu, bahasa dan tamadun malah yang lebih penting menjana momentum dai kerna tidak semua kata akan didengar oleh para mad'u. Lihat sahaja, tidak sedikit ulama menulis dalam jalur bahasa puitis untuk mentafsir apa yang mereka rasa dan alami..
Imam Syafii.. Jalaluddin ar-Rumi..
Saya akui semua mampu untuk menulis. Menulis untuk meluah rasa. Melaporkan, menceritakan. Semuanya boleh. Namun untuk menghurai dengan seni, berapa ramai yang mampu.

Mengolah kembali suatu cerita, agar hadafnya difahami memang memerlukan ketekunan. Menulis juga perlu ada gaya, biar pembaca tidak akan terasa bosan dengan apa yang difokuskan terutama dalam isi yang berat dan sensitif.

Hari ini, terlalu banyak bahan remeh dijadikan subjek. Menyebabkan kita sudah keliru untuk mencari mana satu bacaan terbaik. Menghiburkan memang ada, namun untuk membangun minda jarang sekali.. Setakat ini hanya beberapa buku sahaja yang menepati kriteria itu. Cantik gaya bahasanya, serius isunya tetapi cantik diolah mengalun mengikut situasi dan emosi.

Tentulah ianya banyak terhasil dari orang yang terdidik serius dalam seni penulisan. Sama ada generasi pendidik awal atau mantan-mantan terkemudian. Juga satu kesyukuran, golongan yang ada asas kefahaman din semakin diterima hingga saya sudah rasa tidak segan bersama.

Sama sahaja dengan da'i yang lantang suaranya, karyawan yang faham perlu seiringan. Barulah usaha mengislahkan mujtama' akan berjaya..

Dalam usia tiga tahun bergelar mantan, saya sudah terlalu rindu untuk kembali bersama-sama mereka. Terasa terkadang tumpul juga mata pena buat saya berfikir banyak kali. Menajam kembali sedikit demi sedikit dalam rusuh sunyi malam hari jarang sekali dimanfaat untuk mengumpul momentum.

Teringat pula detik-detik awal menjelajahi dunia ini..
Saya mula serius ketika akhir Tingkatan Empat. Biasalah, baru hendak berfikir matang akan perjalanan kehidupan. Selalu saya berteman pen kertas, tak kira walau ke mana arah tuju. Tangan ini sememangnya tak mahu duduk diam. Sesekali menghayati syair-syair puitis dalam buku Teks Kesusateraan buat jiwa saya tenang. Namun pertandingan menulis yang kadang-kadang dianjurkan ketika itu, saya pandang sebelah mata.

Teruja dengan majalah Tunas Cipta yang dijadikan koleksi, terasa mahu pula nama tertulis di situ. Lantas, dua buah puisi dikirim buat pertama kali. Tidak pula berharap besar, sekadar mahu melepas geram. Lagipun, kosentrasi menghadapi SPM menghilangkan serba sedikit keterujaan itu.

Hari itu, hari terakhir SPM. Lega rasanya. Saya tidak terus pulang ke rumah. Lusa ada jamuan akhir kelas.. Sedihnya.
Saya buka majalah Tunas Cipta Disember 2005 yang masih panas. Membelek helaian demi helaian. Tiba pada satu halaman..
"Macam kenal je puisi ni!"
Tengok bawah.. Melonjak rasa hati.
Nama saya!
"Alhamdulillah.. "
Kepuasan yang dirasai sukar digambar. Sahabat yang ada di sebelah hanya tersenyum. Hanya saya yang merasa. Saya kira mungkin itulah kegembiraan yang lahir dari karyawan, ataupun mungkin seribu perasaan berbeza akan dirasai. Bergantunglah pada tujuan dan niatnya.

Bagi seorang budak mentah seperti saya, begitulah. Abah dan ma hanya tersenyum sambil sedikit kesal. Nama abah asyik salah saja dieja!

Bertatih-tatih dalam sunyi berlalu hampir setahun. Tambah pula taklifat di Taman Al-Quran, di celah-celah kehijauan perbukitan jauh dari kota mengasingkan saya dari ilusi. Rupanya impian lama dimakbulkan tuhan. Syukur Alhamdulillah.


Pertama kali menjelajah bandar Kuala Lumpur, menimbulkan kegerunan akan program yang bakal disertai. Tapi Khairunnisa dan Fatimah Talib, tak putus mengingati. Jangan lupa diri sudah bila di sana.

Bertemu kami di halaman Menara DBP kemudian ke Port Dickson selama lima hari dan akhirnya kembali semula ke DBP memenuhkan minda dengan berbagai-bagai falsafah yang memerlukan penelitian dan praktikal. Terima kasih buat semua ajk pelaksana dan mentor yang dihormati atas pengorbanan kalian. Sungguh optimis kalian pada kami! Selepas ini terserahlah mahu berkembang dengan cara apa. ( Mentor kumpulan saya ialah ustaz Zaid Akhtar. Teringat lagi masa itu saya sempat catitan beliau untuk Novel Impian di Jaring (masa itu novel ustaz belum keluar lagi, masih dalam proses), sebagai salah satu contoh praktikal dalam melatih skil penulisan).

Apa yang saya perhatikan, ilmu dan pengalamanlah yang sebenarnya membentuk jati diri seorang karyawan. Ditambah rasa dari dalam diri, tercernalah idea-idea yang akan membangun cerita. Bukan mudah untuk menjumpai jati diri dalam menulis. Hakikatnya, saya masih lagi mencari dan akan terus mencari..

Berkarya, tidaklah sesenang dicita. Jua bukan sesukar disangka. Insyaallah, berkali-kali mencuba pasti ada hasil. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Akhir kata,

"Karyawan Islam membina ummat dengan jati diri haq dan ilmu yang sahih"

*Mohon sahabat-sahabat doakan semoga penerbitan antologi pertama kami, (mantan MPR 06), "Kafe Filosof Fikir" dipermudahkan urusan. Insyaallah akan menemui khalayak pada bulan Februari 2010. Semoga ada manfaatnya bersama. Moga ia akan menjadi pemankin kepada kami semua terutamanya saya untuk lebih serius walau jauh di perantauan ini..

29 Disember 2009


Semalam, saya menghadiri satu ceramah, anjuran PERMATA dengan membawakan penceramah khusus dari Malaysia ( dalam rangka ziarah kerja ke Mesir, mungkin singgah di Mu'tah untuk bertemu mata dengan anakandanya yang tersayang ).

Isunya?

Berkaitan dengan makanan..
Yang kita makan sehari-hari?
Sedarkah kita mungkin telah memakan suatu benda yang syubhah..
Yang akhirnya menjadi darah daging kita.. akhirnya membuahkan hasil yang sungguh 'baik' dan mengagumkan antaranya, keruntuhan akhlak, terhijabnya doa kita, dan kesan yang lebih buruk iaitu kejatuhan khalifah dan tamadun Islam.

Benar, mencari yang baik itu sebenarnya susah.. Kerna bukan senang mahu mendapat syurga bahkan dilingkari ia dengan jalan yang penuh duri.. Hanya yang berusaha, berhati-hati akan berjaya..

Fakta yang sempat dikutip

1) Kanak-kanak Yahudi tidak diberi makan ikan ketika proses awal pertumbuhan mereka. Mereka hanya diberi makan kekacang

2) Antara punca kejatuhan tamadun Abbasiyyah ialah di mana strategi Yahudi mengotorkan makanan pemerintah dengan menjadikan orang Yahudi sebagai tukang masak istana.. Bayangkan, sebuah tamadun yang mencapai tahap kelimuan yang tinggi, boleh dijatuhkan oleh satu golongan( Tentera Monggol) yang buta huruf sepuluh tahun kemudian!

3) 80% sumber makanan kita di Malaysia banyak dihasilkan oleh orang bukan Islam. Jadi sejauh manakah tahap 'halalnya' mengikut piawaian Islam

Sahabat, marilah kita sama-sama berusaha untuk mengislahkan kembali nilai diri. Andai bukan kita sebagai pemula, bagaimana pula nasib kita, keluarga, masyarakat islam serta generasi akan datang, andai darah daging kita sudah rosak.

Kesedaran harus dengan tindakan, kalau hanya dipendam di hati manakan mungkin ummat Islam akan bangun, mendaulatkan kembali keizzahan Islam di muka bumi ini.. Sejarah perlu dihayati untuk kembali bangkit.

* Maaf, agak berterabur isinya.. untuk rujukan lanjut boleh lawati laman web IMP

26 Disember 2009

Muharram.
Kau datang lagi
Dalam sedu sedan menangisi
Kealpaan musim lalu..

Muharram,
Tahun ini bagiku sungguh bermakna.
Menoktahkan suatu cerita
Selama ini,
Ianya ibarat satu teka-teki,
Mahupun hanya sekadar mimpi..

1o Muharram,
Menghampar jutaan kisah berbeza,
bagi Kita..
Ada yang duka,
Tak semua tidak bermakna..

Ya Allah..
Telah kau sampaikan aku bertemu Muharram lagi..
Semoga ianya pencetus..
Untukku memburu keredaanMu semula..

12 Disember 2009

Maut,
Datang tidak dijemput,
Pergi tak ditunggu..

Bila sudah tertakdir,
Walau dimana, ketika dan siapa,
Ia tetap datang,
Menggetar jiwa dan jasad..

Insan,
Insafilah diri,
Kita ini siapalah di hadapanNya,
Andai secebis cuma bekalan dibawa,
Rugilah mendatang,
Sesallah, tiadalah kan dapat diri kembali!

*Takziah buat keluarga Us.Arman di atas pemergian almarhum, pagi jumaat lalu.. Juga buat teman seperjuangan, adik Aisyah atas pemergian datuknya dan bapa seorang syabab( maaf saya lupa namanya).. Semoga kalian redha, tabah dan sabar di atas dugaan yang amat berat ini.

Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.. Al-Fatihah buat semua umat Muslimin, yang telah pergi selamanya..

Sesungguhnya, di dalam perkara bermusafir, terdapat beberapa adab-adab yang disunatkan kepada kita untuk mengamalkannya. Di antaranya ialah:

1) Bermesyuarat dengan orang yang dithiqahi

Disunatkan wanita yang bermusafir bermesyuarat dengan orang yang dithiqahi (dipercayai dan dikagumi) kerana agamanya, pengalamannya dan ilmunya tentang musafir. Bukan tertakluk kepada tujuan asal bermusafir kerana haji, umrah, ziarah dan sebagainya. Dan sewajibnya orang yang dithiqahi itu berperanan untuk menasihati tanpa dibayangi oleh hawa nafsu dan keberuntungan diri. Sesungguhnya bermesyuarat itu lebih membawa kebaikan dan kesempurnaan apatah lagi agama itu adalah nasihat.



2) Istikharah

Apabila berazam untuk bermusafir maka seharusnya bagi musafir untuk beristikharah kepada Allah SWT. Mafhum hadis: “Daripada yang membahagiakan anak Adam ialah istikharah kepada Allah (perkara yang dipilih oleh Allah) dan daripada perkara yang menyusahkan anak Adam ialah meninggalkan apa yang dipilih oleh Allah”.

Istikharah ini bukan kepada tujuan yang dimaksudkan daripada musafir kerana hukumnya dimaklumi. Sesiapa yang ingin beristikharah hendaklah sembahyang dua rakaat kemudian hendaklah berdoa dengan doa yang masyhur kemudian melapangkan dadanya selapang-lapangnya dengan tidak berdasarkan kepentingan diri dan hawa nafsu. Hendaklah sentiasa mengulanginya sehingga terhasil kelapangan tersebut.

Menggabungkan antara istikharah dan istisyarah (nasihat orang yang thiqah) adalah jalan terbaik. Sekiranya tidak mampu melakukan kedua-dua cara tersebut maka pilih istikharah. Tidak patut menyandarkan istikarah kepada sesuatu yang lain seperti kata-kata nujum atau melihat kepada bulan bintang.

Apabila tetap keazamannya untuk bermusafir maka mulailah dengan bertaubat daripada dosa-dosa kemaksiatan sebagaimana termaktub syaratnya di dalam kitab feqh iaitu bertaubat sebelum bermusafir.

Meninggalkan sesuatu untuk keluarganya dan sesiapa yang lazim baginya menafkahinya, nafkahkan mereka sehingga kembalinya daripada musafir dan tidak mengambil baki nafkah dan segala pembiayaannya kecuali dengan baik dan halal. Dan hendaklah mengambil sesuatu yang menyenangkannya dan sahabatnya ketika musafir.



3) Meminta keizinan dan keredaan ibu bapa

Hendaklah meminta keredhaan ibubapa dan memohon daripada keduanya keizinan untuk bermusafir. Sekiranya dia seorang isteri, hendaklah meminta izin daripada suaminya dan kaum kerabatnya. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak musafir seorang perempuan kecuali dengan izin suaminya”. Dan haram bermusafir dalam edah sebelum berakhir tempoh edahnya.



4) Mencari peneman dalam bermusafir

Disunatkan baginya untuk mencari teman yang soleh penyuruh kepada kebaikan dan penegah kepada keburukan. Sekiranya dia lupa akan diperingatkan dan sekiranya diperingatkan pasti akan menolongnya. Lebih mudah sekiranya dia seorang ahli ilmu kerana ilmu itu adalah sebagai satu nikmat dan cagaran sebagai pedoman perjalanan.

Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma.katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:"Andaikata para manusia itu mengetahui - bencana-bencana keduniaan dan keakhiratan - dengan sebab bepergian sendirian sebagaimana yang dapat saya ketahui, niscayalah tidak akan ada seorang pengendara yang pergi di waktu malam sendirian saja." (Riwayat Bukhari)

Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya dari nenek lelakinya r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Seorang yang berkendaraan sendirian - maksudnya pergi seorang diri tanpa kawan - adalah seperti cara perginya syaitan, dua orang yang berkendaraan - yakni pergi berduaan - adalah seperti cara perginya dua syaitan, sedang tiga orang yang sama-sama bepergian adalah sepasukan dalam perjalanan," yang dapat bantu-membantu dan ini adalah baik serta tidak seperti cara perginya syaitan.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud, Termidzi dan Nasa'i dengan isnad-isnad shahih dan Imam Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

* Orang yang berkendaraan atau bahasa Arabnya Arrakib, menurut asalnya berarti orang yang menaiki unta, tetapi lalu digunakan secara umum untuk setiap orang yang pergi berkendaraan. Maksud Hadis ini ialah bahwasanya menyendiri di waktu bepergian itu adalah termasuk kelakuan syaitan atau merupakan sesuatu yang menyebabkan mudah digoda oleh syaitan itu. Jadi Hadis ini adalah sebagai anjuran,agar supaya dalam bepergian itu senantiasa berkawan dengan orang lain, sedikitnya berjumlah tiga orang.

Dari Abu Said dan Abu Hurairah radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Jikalau ada tiga orang yang keluar dalam bepergian, maka hendaklah mereka mengangkat seseorang di kalangan mereka sendiri itu untuk menjadi pemimpinnya."

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad hasan.

(Bab 167 Sunnahnya Mencari Kawan ~ Dalam Bepergian — Dan Mengangkat Seorang Di Antara Yang Sama-sama Pergi Itu Sebagai Pemimpin Mereka Yang Harus Diikuti Oleh Peserta-peserta Perjalanan Itu)



5) Sunat untuk bermusafir pada hari Khamis

Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Nabi SAW keluar pada peperangan Tabuk pada hari Khamis, sesungguhnya baginda menyukai keluar pada hari Khamis”. (Muttafaq 'alaih)

Dalam riwayat kedua kitab shahih Bukhari dan Muslim disebutkan:

"Niscayalah sedikit sekali -yakni jarang benar- Rasulullah s.a.w. itu keluar bepergian, melainkan pada hari Kamis."

(Bab 166 Kitab Adab-adab Kesopanan Bepergian Sunnahnya Keluar Pada Hari Kamis Dan Sunnahnya Pergi Di Permulaan Siang Hari)

6) Disunatkan keluar pada waktu pagi

Sebagaimna diriwayatkan daripada hadis Sakhar Al-Ghamidi,

Dari Shakhr bin Wada'ah al-Ghamidi as-Shahabi r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ya Allah, berikanlah keberkahan kepada ummatku pada waktu pagi harinya." Rasulullah s.a.w. apabila hendak mengirimkan suatu pasukan -yang beliau s.a.w. sendiri tidak menyertainya - atau hendak mengirimkan tentara - untuk peperangan, maka beliau s.a.w. mengirimkannya - yakni diberangkatkan - di permulaan siang hari -jadi pagi-pagi sekali.

Shakhr adalah seorang pedagang. la mengirimkan dagangannya itu selalu di permulaan siang hari, maka menjadi kayalah ia dan meluaplah serta banyaklah hartanya.

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

(Bab 166 Kitab Adab-adab Kesopanan Bepergian Sunnahnya Keluar Pada Hari Kamis Dan Sunnahnya Pergi Di Permulaan Siang Hari)

7) Sunat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarganya, jirannya dan teman-teman agar mereka mengucapkan selamat tinggal kepadanya dengan mengucapkan salam.

Sebagaimana diriwayatkan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW apabila ingin bermusafir, baginda datang kepada sahabatnya lalu mengucapkan salam ke atas mereka dan apabila kembali daripada musafir, mereka datang kepada baginda dan mengucapkan salam ke atas baginda. Maka sunat bagi orang yang hendak bermusafir untuk mengucapkan selamat tinggal dan memperoleh doa daripada mereka kerana ia merupakan contoh tauladan yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Dari Umar bin al-Khaththabab r.a.,katanya: "Saya meminta izin kepada Nabi s.a.w.untuk melakukan umrah lalu beliau s.a.w. bersabda: "Jangan engkau lupa untuk mendoakan kita, hai saudaraku." Beliau telah mengucapkan sesuatu kalimat yang saya tidak merasa senang memperoleh seisi dunia ini sebagai gantinya -maksudnya bahwa kalimat yang disabdakan oleh beliau s.a.w. kepada Umar r.a. yakni meminta didoakan dalam umrahnya nanti, dianggap amat besar nilainya melebihi nilai dunia dan seisinya.Dalam riwayat lain disebutkan: "Nabi s.a.w. bersabda: "Sertakanlah kita, hai saudaraku dalam doamu itu!"

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.


Dari Salim bin Abdullah bin Umar bahwasanya Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma berkata kepada seseorang ketika ia hendak bepergian: "Mendekatlah padaku sehingga saya dapat mengamanatkan sesuatu padamu sebagaimana Rasulullah s.a.w. mengamanatkan sesuatu pada kita - kalau kita hendak pergi. Beliau s.a.w. bersabda: "Saya menyerahkan kepada Allah akan agama dan amanat saudara serta semua akhir amalan saudara."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.


Dari Abdullah bin Yazid al-Khathmi as-Shahabi r,a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila hendak mengucapkan selamat jalan pada sepasukan tentera, beliau bersabda: "Saya menyerahkan kepada Allah akan agamamu semua, amanatmu serta semua akhir amalanmu."

Hadis shahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan lain-lain dengan isnad shahih.


Dari Anas r.a., katanya: "Ada seorang lelaki datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata: "Ya Rasulullah, saya hendak bepergian, maka berilah bekal kepada saya." Beliau s.a.w. bersabda: "Semoga Allah memberikan bekal ketaqwaan padamu." Orang itu berkata lagi: "Tambahkanlah doa untukku!" Beliau s.a.w. bersabda: "Dan semoga Allah member pengampunan padamu." Ia berkata lagi: "Tambahkanlah untukku!" Beliau s.a.w. bersabda pula: "Juga semoga Allah memberikan kemudahan padamu untuk memperoleh kebaikan di mana saja engkau berada."

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.


(Bab 96 Mohon Dirinya Seseorang Sahabat Dan Memberikan Wasiat Padanya Ketika Hendak Berpisah Dengannya Karena Bepergian Atau Lain-lainnya. Mendoakannya Serta Meminta Doa Daripadanya (Supaya Didoakan Olehnya)

8) Berdoa ketika menaiki kenderaan sebelum bermusafir

Ï%©!$#ur t,n=y{ ylºurøF{$# $yg¯=ä. Ÿ@yèy_ur /ä3s9 z`ÏiB Å7ù=àÿø9$# ÉO»yè÷RF{$#ur $tB tbqç6x.ös? ÇÊËÈ (#¼âqtGó¡tFÏ9 4n?tã ¾ÍnÍqßgàß ¢OèO (#rãä.õs? spyJ÷èÏR öNä3În/u #sŒÎ) ÷Läê÷ƒuqtGó$# Ïmøn=tã (#qä9qà)s?ur z`»ysö6ß Ï%©!$# t¤y $oYs9 #x»yd $tBur $¨Zà2 ¼çms9 tûüÏR̍ø)ãB ÇÊÌÈ !$¯RÎ)ur 4n<Î) $uZÎn/u tbqç7Î=s)ZßJs9 ÇÊÍÈ

12. dan (Dia lah) Yang menciptakan sekalian makhluk Yang berbagai jenisnya; dan ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang ternak Yang kamu dapat mengenderainya,

13. supaya kamu duduk tetap di atasnya; kemudian kamu mengingati nikmat Tuhan kamu apabila kamu duduk tetap di atasnya, serta kamu (bersyukur dengan) mengucapkan:" Maha suci Tuhan Yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang Kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya -

14. "Dan Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, Kami akan kembali!"

(Az-Zukhruf, Ayat 12-14)

Dari Abdullah bin Sarjis r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu apabila bepergian, beliau s.a.w. mohon perlindungan - kepada Allah daripada kesukaran perjalanan, kesedihan keadaan waktu kembali, adanya kekurangan sesudah berlebihan, juga dari doa orang yang teraniaya, buruknya pandangan dalam keluarga dan harta."

(Riwayat Muslim)

(Bab 170 Apa-Apa Yang diucapkan apabila seseorang itu menaiki kenderaannya utk berpergian).

9) Sunat berdoa ketika musafir

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ber-sabda:

"Ada tiga macam doa yang mustajabah - yakni akan dikabulkan oleh Allah Ta'ala, yang tiada disangsikan lagi akan terkabulnya, yaitu: doanya orang yang teraniaya, doanya orang yang dalam bepergian dan doanya orang tua terhadap anaknya."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Tetapi dalam riwayat Imam Abu Dawud tidak terdapat kata-kata: 'ala waladihi yakni atas anaknya.

(Bab 172 Sunnahnya Berdoa Dalam Bepergian)

10) Sunnah mempercepatkan musafir

Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Bepergian(bermusafir) itu sepotong - yakni sebagian - dari siksa. Seseorang akan terhalang untuk makannya, minumnya serta tidurnya - sebab tidak dapat tertib seperti di rumah. Maka dari itu, apabila seseorang di antara engkau semua telah menyelesaikan maksud tujuannya, hendaklah segera kembali ke tempat keluarganya."

(Muttafaq 'alaih)

(Bab 172 Sunnahnya Berdoa Dalam Bepergian)

11) Ucapan / doa apabila pulang dari bermusafir

Dari Anas r.a., katanya: "Kita datang - dari perjalanan - bersama Nabi s.a.w.,sehingga di waktu kita sudah berada di luar kota Madinah, lalu beliau s.a.w. mengucapkan - yang artinya: "Kita semua telah kembali, kita semua bertaubat - kepada Allah, me- nyembah serta mengucapkan puji-pujian kepada Tuhan kita." Beliau s.a.w. tidak henti-hentinya mengucapkan sedemikian itu, sehingga kita datang di Madinah." (Riwayat Muslim)

(Bab 177 Apa Yang Diucapkan Apabila Seseorang Musafir Itu Telah Kembali Dan Apabila Telah Melihat Negerinya)

Patut baginya untuk sentiasa ditemani oleh enam benda. Daripada Aisyah ra “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika bermusafir selalu membawa bersama-sama baginda beberapa benda iaitu cermin, celak, gunting, sugi dan sikat. Dalam riwayat lain pula menyatakan bahawa enam benda iaitu cermin, buli-buli (bekas air), gunting, celak, sugi dan sikat.

Sunat apabila hendak keluar daripada rumah bersembahyang dua rakaat dengan membaca pada rakaat pertama selepas fatihah, Surah Al-Kafirun dan pada rakaat kedua Surah Al-Ikhlas.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Tidak meninggalkan seseorang akan keluarganya terlebih afdhal daripada dua rakaat di sisi mereka ketika musafir”.

Disunatkan membaca ayat Qursi selepas salam dan Surah Al-Fiil. Telah datang Atsar daripada Salaf “Sesiapa yang membaca ayat Qursi ketika keluar rumah tidak akan menimpanya sesuatu yang mencelakakannya sehinggalah dia kembali ke tempat tinggalnya”.

Sepatutnya bagi si musafir untuk bersedekah ketika keluar, begitu juga dia lakukan di antara setiap pihak yang berhajat padanya atau hajat yang hendak ditunaikannya atau
ketakutan yang hendak ditenangkannya atau selain daripada itu kerana yang demikian itu padanya dapat menghasilkan maksud dan menolak kemudharatan.


* Saya memohon kemaafan atas segala kekurangan yang mungkin terdapat di dalam artikel ini. Sebarang pandangan, kritikan dan penambahan maklumat amatlah diharapkan..

Rujukan


2) Kitab Riyadussalihin, Jilid 1 dan 2, Imam Nawawi.