Sambungan dari Penentuan Arah Kiblat (Siri 1)

Sila rujuk entri-entri lepas di bawah label 'falak'


1- Buruj Pari

Selain daripada menggunakan bintang Qutbi sebagai panduan arah utara, buruj Pari atau lebih dikenali sebagai buruj Salib Selatan (Crux) boleh digunakan dalam penentuan arah selatan. Arah kiblat ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68° antara arah selatan ke kiblat.1


2- Buruj Orion / Belantik / Al-Babadur

Di samping menggunakan bintang Qutbi sebagai rujukan, terdapat juga buruj yang boleh dijadikan panduan terus untuk mendapatkan arah kiblat. Di antaranya ialah buruj Orion (Belantik/ al-Babadur). Di dalam buruj ini terdapat tiga bintang berderet iaitu Mintaka, al-Nilam dan an-Nitak yang dilingkungi oleh beberapa bintang yang cerah. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang berderet tersebut ke arah Barat.

Rajah 5 : Bentuk dan kedudukan buruj Orion dan tiga bintang sederet

Buruj Orion akan berada di langit ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kemudian akan kelihatan tinggi di langit tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan waktu yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit pada waktu Maghrib.2

Rujukan :

1. Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (2004), "Hisab Arah Kiblat",(Sukatan Pembelajaran Ilmu Falak Syarie 2004 Maahad Muhammadi Perempuan) hal.5.

2. Baharrudin Zainal(2002),Pengenalan Ilmu Falak, Cet.1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hal.114.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu terlalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih...

Hati kalau terlalu bersih,
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih, firasatnya tepat kerna Allah,
Tapi hati bila dikotori, bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuh nya pandangan Allah,
Jasad lahir tumpuan manusia,
Utamakanlah pandangan Allah dari pandangan Manusia

Saya bukanlah orang yang layak mengupasnya . Kerna ilmu kurang arif, kerna fikir belum cukup kritis lantaran tandusnya pengalaman dan thaqafah. Terkadang buntu. Kerna soal hati siapa yang lebih mengerti.

Tentulah, wahai si empunya diri lebih mengenali akan hakikat insaninya.

Ke bagaimana? Soal hati cukup seronok dibicarakan terutama bila dikaitkan dengan soal cinta, mahabbah dan kasih sayang atau apa-apalah nama yang sewaktu dengannya. Tapi sejauh mana rasa itu membantu kita dalam mencapai matlamat hidup.

Meniti kehidupan sebagai musafir ilmu menyaksikan saya menghadapi berjenis orang yang mempunyai berbagai persoalan dan karenah. Lebih-lebih lagi pelajar agama yang reti hukum-hakam agama. Sudah tahu apa yang halal, apa yang haramnya, tapi tetap seronok bermain tarik tali antara nafsu dan syariat.

Kenapa ya?
Ilmu sudah penuh di dada, mauidzah sudah jenuh dikutip, lalu lelahkah kita mengulitnya kembali menjadi amalan? Atau seronokkah menjadi musuh Allah bernamakan ustaz, mahupun ustazah atau lebih ringan orang yang 'pernah' belajar agama. (saya petik kata-kata seorang sahabat dalam laman webnya, tapi telah diubah mengikut kesesuaian ayat :) mohon izin ya us! ) Tidakkah gentar ketika enak memberi taujih dan mulahazah, sedangkan pada masa yang sama dia kembali melaknat kita.

"Sesungguhnya kesalahan hanya pada orang yang zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa mengendahkan kebenaran. Mereka itulah yang akan memperoleh siksaan yang pedih."
(as-Syura: 42)

Kesal juga pada diri sendiri kerna masih bisu dalam melihat semuanya itu. Lemahnya saya, daifnya diri ini hanya senipis kulit bawang.

Kerna iman senipis itu, memerlukan diri ini membina berjuta-juta sel kekuatan. Memerlukan hati yang bersih untuk mencerna semua khazanah ilmu yang menunggu masa sahaja untuk diterokai.

Lalu Allah dengan penuh sifat Rahimnya, menghamparkan satu wasilah yang tidak pernah terjangka.

Mampukah saya memikul amanah wasilah ini demi untuk meneruskan kesinambungan tarbiah di sini? Di bumi daerah juang ilmu yang saya masih lagi terkapai-kapai menetapkan hala tuju.

Allah memberi hati dan akal untuk mencerna mulahazah. Jangan lupa, iman masih perlu diletak di depan. Tidak cukup akal yang genius untuk mentafsir hukum alam. Perlu berpandu wahyu, kerna akal tidak mampu menggapai apa yang tidak dapat dilihat dengan mata, tidak didengar dengan pendengaran dan tidak dirasa dengan pancaindera.

Semoga kita mampu menjernih kembali kekalutan yang masih bersarang dalam jiwa manusiawi. Mudah-mudahan hati yang bersih dan pemikiran yang jernih dapat menunaskan bunga-bunga kebangkitan, menghapuskan kelesuan umat akibat lemahnya para daie yang bertopengkan ilmu, namun karatnya hati mendiami jiwa.

Ya Tuhan kami jauhkan dan peliharalah kami dari sifat-sifat tercela.

Duhai Teman, Jagalah hati, hiasilah akhlakmu dengan iman taqwa, dan teguhkanlah jiwamu dengan thaqafah dan ilmu.

" Wahai tuhan kami, janganlah engkau palingkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau memberi hidayah petunjuk kepada Kami; sesungguhnya kepada kami, dan kurniakanlah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Maha Memberi"
(Surah Ali-Imran: 8)


Dari 'lyadh bin Himar r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memberikan wahyu kepadaku supaya engkau semua itu bersikap merendahkan diri, sehingga tidak seorangpun yang melanggar aturan terhadap diri orang lain, dan tidak pula seseorang itu membanggakan dirinya kepada orang lain." (Riwayat Muslim) (1)

Ahli lughah berkata: Albaghyu ialah melanggar aturan serta berlagak sombong.

-(1)(Sumber : KitabRiyadussalihin Jilid 2 , Imam Nawawi. hadis bil. 1586. Bab 279, Larangan Berbangga Diri dan Melanggar Aturan, hal. 512. (e-book versi pdf)

Sudah dua bulan saya meninggalkan Malaysia. Tanah tumpah darah tercinta. Berbagai peristiwa berlaku. Tentu orang Malaysia lebih merasai kehangatannya berbanding saya yang hanya dapat mengikuti perkembangan arus semasa melalui arus maya sahaja.

Tragedi Jambatan Runtuh beberapa hari lalu ternyata menggemparkan negara. Kematian tiga orang peserta (kesemuanya adik-adik kecil yang baru berusia sekitar 11 ke 12 tahun), tentunya mengundang rasa sayu. Walaupun bukan seagama, namun sebagai rakyat Malaysia, saya bersimpati dan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mereka.

Berbalik kepada punca kejadian yang khabarnya berpunca dari struktur binaan jambatan yang baru dibina seminggu lalu( menurut sumber satu media). Berbagai spekulasi dan andaian timbul rentetan kejadian ini. Salah siapa ya? Mungkinkah sifat meterialistik telah menjadi puncanya? Menurut pihak JKR Negeri Perak (Perak lagi, apa khabar sidang Dun di sana?) , bahawa mereka tidak mendapat sebarang makluman mengenai pembinaan jambatan gantung ini. Apa sebenarnya yang tersembunyi di sebalik tragedi ini. Semoga kejadian ini membuka mata semua pihak. Apapun, tunggulah sahaja hasil siasatan kejadian baru kita boleh mengulas dengan lebih lanjut.

Begitulah, isu-isu berkaitan kebajikan rakyat harus diutamakan. Itukan tugas pemimpin. Bukan tunggu kuli bagi laporan sahaja. Pemimpin itu sendiri kena turun padang. Bila selalu nampak kelibat pemimpin di mata rakyat, barulah mereka ini sayang pada pemimpin tu. Tidaklah ketika musim pilihanraya, letih menabur duit dan janji. Sayang betul memiliki pemimpin yang mempunyai mental sebegini. Mengutamakan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.

Oh, minda-minda yang masih statik di negaraku. Apakah ia akan berubah? Wallahu'lam.

Begitulah juga keadaan yang saya hadapi di sini. Menghadapi mentaliti yang masih tidak berubah. Persepsi dan pandangan orang siapa kita untuk menghalang. Di sini, Jordan sistem pengajiannya agak syadid. Macam Malaysia juga la. Tapi rasanya di Malaysia lagi memenatkan. (kasihan saya mendengar pengalaman teman-teman di sana). Di sini sudah mula memasuki fatrah imtihan awal. (satu fasal ada tiga kali 'exam'). Dah boleh lihat gelagat-gelagat pelajar mula bertukar wajah. Bermacam gaya. Kuliah tafakuh? Alhamdulillah masih memberangsangkan. Harapnya semangat kalian duhai teman terus membara walau apa jua yang terjadi. Diri ini cuma mengharap kita semua terus memasak niat utama kita ke sini untuk menuntut ilmu.. Menggali sebanyak mana ilmu.. Bersungguh bukan semata menaikkan mu'addal semata.. Bersyukurlah, kita masih diberi peluang untuk bermusafir ke sini bukan semata-mata untuk sekeping ijazah sahaja. Semata-mata nama. Ilmu + penghayatan + pengamalan = Insyaallah reda Allah wa najah dunia dan akhirat. Amin.

Semoga kita mampu memacu perubahan yang positif walaupun masih dibelenggu mentaliti yang masih lagi sukar untuk dipecahkan.

Betulkan perkara yang biasa, biasakan perkara yang betul.

Pss: Musim syitaa' mula menjenguk kami di sini.(boleh la tukar koleksi pakaian lepas ni > koleksi musim sejuk). Jam pun dah bertukar lewat sejam dari kebiasaan. Jadi sekarang beza masa dengan Malaysia lebih kurang 6 jam. Buat teman-teman, semoga musim ini, fasal ini mampu memberi ibrah dan mauidzah pada kalian semua dan saya juga..

Teman-teman di Malaysia.. Bittaufiq wan najah untuk imtihan kalian. Doakan kejayaan bersama.


Nailah al-Farafisyah,
Kalian mengisi ruang hati,
Menyeri taman hati yang gersang..

Tanggal 1 Februari 2007,
Kita bertaut gembira,
Dalam debar kami,
Mampukah diri ini mentarbiah kalian,
Seperti yang telah diharapkan..

Masa terus berlalu..
Menumbuhkan bunga-bunga ukhuwah bersulam mahabbah,
Kita terus memacu ikatan bersama..
Bersama meredah hutan cabaran,
Diselangi hujan thaqafah dari awan fikrah dan mauidzah,
Kalian menyubur di perbukitan barakah,
Membajai detik manis,
Walau sesekali kita berbeza dahan berteduh,
Namun masih tetap melambai,
Menghulur daun kedamaian..

'Nailah' ku,
Kita kini membawa diri,
Mendaki tangga untuk mencapai cita,
Terpisah antara benua..

Srikandiku,
Jadilah seperti Srikandi Agung Saidina Usman,
Tegar dan tabah menahan derita,
Mengorbankan jemari,
Demi suami tercinta,
Kerna taat dan cinta pada pemerintah ummah.

Nailah al Farafisyah,
Selembut ia nama srikandi,
Semoga jalinan ini kan terus terpaut,
Dalam mendamba kasih Ilahi Rabbuna
Amin..



Sebelum datang ke bumi Urdun, saya sering digasak dengan persoalan :

" Kenapa nak sambung ke Jordan?"
" Siapa yang taja?"
" Kenapa tak pergi Mesir je"

Wallahua'lam.. Entahla kenapa.. Semua orang tertanya. Kenapalah beria sangat mahu ke Jordan. Biarlah, semua jawapan itu hati sahaja yang menyimpannya. Takkanlah kita mahu berbuat sesuatu tanpa ada sebab. Mempertaruhkan segalanya untuk sebuah matlamat takkan berbaloi tanpa kita menetapkan asbab dan musababnya. Meninggalkan ma, abah, adik beradik serta keluarga untuk sebuah cita-cita.

Akhirnya Allah masih mahu mengizinkan saya menjejak kaki ke Dataran Mu'tah. Menghirup udara ma'rikah yang masih segar biarpun telah lebih seribu tahun berlalu. Menggali semula telaga ilmu yang hampir malap dalam warisan keluarga. Saya teruja dengan hebatnya moyang nenek, seorang tokoh ulama yang disegani di Kelantan dan Patani. Kagum dengan izzahnya moyang saya, salah seorang pengasas masjid kampung Tapang, Kota Bharu namun sedih hampir tiada yang mewarisi ketokohan dan keilmuan mereka setelah beberapa generasi berlalu. Kesedihan yang selalu membuai perasaan itu bertambah sayu tatkala kali terakhir saya menziarahi kubur keduanya di kampung ibu beberapa bulan sudah.

Lantas azam yang tersemat, semakin kukuh dengan rasa itu. Membuatkan saya masih lagi tegar untuk kukuh berdiri.

Kesempatan yang ada harus dipergunakan sepenuhnya. Bukan semata untuk menjengah tempat-tempat ziarah, tapi harus ada mauidzah yang harus dicerna. Cerna dengan minda dan rasa, bukan dengan kata semata.


Memulakan pengajian, tidaklah semudah dan seindah disangka. Seharian berputar di kawasan jamiah kesorangan hampir membunuh semangat. Siapa yang boleh diharapkan. Hanya diri sendiri dapat membuat pilihan.

Bila memikirkan pilihan, saya teringat akan pilihan terakhir yang dibuat sebelum melangkah ke bumi Jordan ini. Tukar takhassus- daripada Kuliyyah Syariah ke Kuliyyah Adab adalah merupakan satu noktah yang tidak pernah terjangka. Memisahkan saya dari sahabat-sahabat DQ yang lain. Membi`ahkan kehidupan yang baru.

Namun, bukan senang hendak menukar takhassus. Saya perlu menunggu sehingga satu semester untuk melabelkan diri sebagai 'budak adab' (kata senior). Satu cabaran. Takhassus Lughah di Mu'tah dikatakan antara yang paling mencabar di bumi Urdun ini. Ha, bagaimana? Masih tetap lagikah pendirian hamba ini.. Insyaallah.

Semoga baki semester ini dapat membantu saya membuat persiapan yang agak baik sebelum melangkah masuk ke Kuliyyah Adab. Semoga ia dapat menerima saya dengan baik kelak. Terima kasih buat sahabat yang telah memperturunkan beberapa judul kitab lughah yang perlu dihadam. Sekarang, tinggal mujahadah dan usaha bagaimana mahu menguasainya..

Begitulah.. sebuah catatan yang tidak seberapa. Saya masih lagi terlalu kecil di sini. Terlalu kosong dengan ilmu. Semoga Allah memudahkan jalan kita semua untuk memfakihkan diri sebelum turun ke medan juang di jalanNya yang sebenar. Amin.

* Salam juang untuk adikku, Abdullah al-Qusairy yang sedang menghadapi peperiksaan STAM 09. Insyaallah semoga Allah mempermudahkan jalan kepadamu dan mengurniakan rezeki kepadamu untuk bersamaku di Bumi Anbiya' ini kelak. Insyaallah. Chayok-chayok to Mumtaz.



ADAB-ADAB MENGHAFAZ AL-QURAN

  1. Dia mesti berada dalam keadaan paling sempurna dan perilaku paling mulia,
  2. Hendaklah dia menjauhkandirinya dari segala sesuatu yang dilarang Al-Qur'an,
  3. Hendaklah dia terpelihara dari pekerjaan yang rendah, berjiwa mulia, lebih tinggi darjatnya dari para penguasa yang sombong dan pencinta dunia yang jahat.
  4. Merendahkan diri kepada orang-orang soleh dan ahli kebaikan, serta kaum miskin.
  5. Hendaklah dia seorang yang khusyuk memiliki ketenangan dan wibawa.

Diriwayatkan daripada Umar bin Al-Khattab ra bahawa dia berkata:

"Wahai para qari (yang mahir membaca) Al-Qur'an, angkatlah kepalamu! Jalan telah jelas bagimu dan berlombalah kamu untuk berbuat kebaikan dan janganlah kamu menggantungkan diri kepada orang lain."

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud ra, katanya:

"Hendaklah penghafaz Al-Qur'an menghidupkan malamnya dengan membaca Al-Qur'an ketika orang lain sedang tidur dan siang harinya ketika orang lain sedang berbuka. Hendaklah dia bersedih ketika orang lain bergembira dan menangis ketika orang lain tertawa, berdiam diri ketika orang lain bercakap dan menunjukkan kekhusyukkan ketika orang lain membanggakan diri.

Diriwayatkan dari Al-Fudhai juga, katanya:

"Penghafaz Al-Qur'an adalah pembawa bendera Islam. Tidaklah patut dia bermain bersama orang yang bermain dan lupa bersama orang yang lupa, serta tidak berbicara yang sia-sia dengan kawannya untuk mengagungkan Al-Qur'an."


6. Menghindarkan diri dari perbuatan menjadikan Al-Qur'an sebagai sumber penghasilan atau pekerjaan dalam kehidupannya.

Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Syibil ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Terjemahan: "Bacalah Al-Qur'an dan jangan menggunakannya untuk mencari makan, jangan mencari kekayaan dengannya, jangan menjauhinya dan jangan melampaui batas di dalamnya."

Sementara mengambil upah kerana mengajar Al-Qur'an, maka para ulama berlainan pendapat. Imam Abu Sulaiman Al-Khattabi menceritakan larangan mengambil upah kerana membaca Al-Qur'an dari sejumlah ulama, di antaranya Az-Zuhri dan Abu Hanifah. Sejumlah ulama mengatakan boleh mengambil upah jika tidak mensyaratkannya, iaitu pendapat Hasan Bashri, Sya'bi dan lainnya berpendaapat boleh mengambil upah. Jika menyinggung dan dengan akad yang benar, ada hadits sahih yang mengharuskannya kerana telah kerana telah ada hadits-hadits sahih yang mengharuskannya.

Ulama yang melarangnya berhujah dengan hadits Ubadah bin Shamit bahawa dia mengajarkan Al-Qur'an kepada seorang lelaki penghuni Shuffah, kemudia dihadiahkan kepadanya sebuah busur. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya:

Terjemahan: "Jika engkau suka dipakaikan kalung dari api di lehermu, maka terimalah hadiah itu."

Hadits itu adalah hadits masyur yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan lainnya. Dan berhujjah pula dengan banyak athar dari ulama Salaf. Para ulama yang mengharuskan boleh mengambil upah tadi menjawab tentang hadits Ubadah itu dengan dua jawapan:

a) Bahawa dalam isnad hadits itu ada masalah.

b) Orang itu menyumbangkan tenaga untuk mengajar, sudah tentu dia tidak berhak mendapat apa-apa. Kemudian dia diberi hadiah sebagai tanda terima kasih, maka dia tentu tidak boleh mengambilnya. Lain halnya dengan orang yang mengadakan akad dengannya sebelum mengajar.


7. Hendaklah dia memelihara bacaan Al-Qur'an dan memperbanyak bacaannya.

8. Memelihara membaca Al-Qur'an pada waktu malam. Hendaklah seorang penghafaz Al- Qur'an lebih banyak membaca Al-Qur'an pada waktu malam dan dalam sembahyang malam.

9. Perintah memelihara Al-Qur'an dan peringatan agar tidak melupakannya.

Diriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari ra dari Nabi s.a.w, baginda bersabda:

Terjemahan: "Peliharalah Al-Qur'an ini. Demi Tuhan yang nyawa Muhammad berada di tangan-Nya, sungguh dia lebih mudah lepas dari unta dalam ikatannya."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

Terjemahan: "Sesungguhnya perumpamaan penghafaz Al-Qur'an adalah seperti unta yang terikat. Jika dia memperhatikan unta itu, dia boleh menahannya. Dan jika dilepaskan, ia akan pergi."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Terjemahan: "Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku hingga(pahala) kotoran yang dikeluarkan seseorang dari Masjid. Dan ditunjukkan kepadaku dosa-dosa umatku. Maka tidaklah kulihat dosa yang lebih besar daripada surah atau ayat dari Al-Qur'an yang dihafaz oleh seseorang, kemudian dilupakannya."

(Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi)

Hadits ini dipersoalkan darjat dan kedudukannya.


Diriwayatkan dari Sa'ad bin Ubadah dari Nabi s.a.w, banginda bersabda:

Terjemahan: "Barangsiapa membaca Al-Qur'an, kemudian melupakannya, dia berjumpa dengan Allah Azza wa Jalla pada hari kiamat dalam keadaan sedih yang amat."

(Riwayat Abu Dawud dan Ad-Darimi)


Buat peringatan bersama..

Dipetik dari Kitab Adab fi Hamalatil Quran

Imam Nawawi Rahimullah


Akhirnya bebas juga meneroka alam maya ini.

Sedar tak sedar sudah lebih sebulan berada di sini. Terlalu banyak warna yang mula mewarnai kehidupan di sini. Tak terungkap dengan kata-kata. 7 Oktober telah berlalu menandakan sudah sebulan berada di sini.

Kuliah pun telah bermula. Terasa lucu bila teringat kenangan pada minggu pertama. Mencari kelas tak jumpa sampai sudah. Mujur juga kelas masih belum bermula.

Hidup yang dilalui di sini tidaklah semudah seperti di Malaysia. Semuanya terletak kepada kita. Jalan sudah terbentang. Pandai-pandailah memilihnya. Tak gitu. Alhamdullillah, group kami
seramai 9 orang sudah mula mengenal wajah Mu'tah sebenarnya.

Sepanjang Ramadan mampir ke Syawal terisi dengan baik. Ihya' Ramadhan di sini membuatkan hati ini kembali meraut rindu ke bumi Barakah Dq. Begitulah... bila tiada dalam genggaman, baru terasa mahalnya saat itu. Kemudian, dinihari Syawal yang syahdu mengisi hati. Pertama kali beraya di perantauan, ada juga hibanya. Namun, seronok menziarahi taulan mengubat rasa rindu itu. Alhamdulillah.


Dan setelah tiga minggu menghadapi kuliah, saya mula menghayati keperihan sebagai tolabul ilmi. Bukankah niat ke sini untuk meneruskan jihad ilmu?.
Semoga dapat ku kutip sebanyak mana mutiara ilmu dan hikmah yang bertaburan di bumi Mu'tah, di samping menelusuri nilai-nilai jihad para syuhada' di bumi barakah ini.. Insyaallah.

- Mazar- Makam Abdullah bin Rawahah, panglima ketiga yang syahid di Mu'tah. Makam ini agak jauh sedikit dari dua orang panglima terawal.

- wanginya makam syuhada'. Betapa besar nikmat bergelar syuhadaa'. Roh berterbangan di syurga. Berbahagialah mereka.. Kita bagaimana..


-ini yang paling mengujakan. Takkan Melayu hilang di dunia( petikan kata-kata Hang Tuah). Papan tanda di luar kompleks makam.

Untuk kalian, ku lampirkan secebis kenangan buat tanda rindu dari diri ini...(maaflah, skema pula ayat. Dah lama tak menulis. Terasa dah mula berkarat sel-sel neuron kreatif ni).


-ni kat maktabah jamiah. Tingkat 4, bahagian rujukan.. (letih betul naik tangga)


-kasihan kan.. menunggu coaster datang membawa kami pulang.. tak boleh buat urusan hari tu.. Sedih betul.. Dugaan..

Rindukan Malaysia.. Nak beli tak sama.. Kena la buat sendiri. Ahli bait Bersama rakan-rakan transit dari Terengganu bertungkus lumus malam itu..

Insyaallah, semoga ada kesempatan lagi untuk kita berkongsi cerita dan rasa untuk sama-sama mendapat taujih dan mauidzah.