Musim tak tentu sekarang.. Ada hujan, ada cerah.. Ada panas ada sejuk.. Dan karat mula menghiasi..

6 hb Ogos..
Kembali ke bumi barakah DQ.. Hati semakin sayu. Inilah rasanya kali terakhir menjejakkan kaki ke sini

8hb Ogos
Konvokesyen.
Ma dan abah.. Takkan sama diploma ini dengan pengorbanan kalian.
Murabbi pendidik.. Halalkan segala ilmu kalian kepada ku.. agar menyerap disulami restu dan berkat.
Rafik sefutuwwah, bila lagi kan ku temui kalian. Senyuman semuanya bermakna..

9hb Ogos
Taklimat terakhir SMUTEM 09..
Aku melunaskan kerja-kerja terakhir. Hati makin lara.

10hb Ogos
Kursus BTN (Kursus Kenegaraan Mahasiswa Luar Negara)... Seribu makna dan erti pada perjuangan. Pandailah menilai mana satu jati diri, mana satu pendirian, mana satu fikrah terbaik.

14hb Ogos
Pulang membawa diri. Meneliti dan menilai.. Hajat mahu berteduh di bumi barakah tak kesampaian. Dq kena kuarantin H1N1.. Seminggu.. Wabak sudah merebak ke sini.. Petanda atau ujian atau bala?

Catatan memori terlalu banyak untuk diukir,
Hanya hati mampu mentafsir segalanya..
Tuhan, dekatkanlah aku dengan rahmatMu..
Rafik tersayang..
Kita berpisah sementara di dunia ini,
Moga di akhirat kita mampu bertemu lagi,
Di bawah naunganNya.
AMIIN.

* Moga aku dapat kilatkan kembali dan bersihkan karat yang ada itu..
Yang tersurat itu jelas. Yang tersirat juga jelas bagi mereka yang mahu berfikir..