Dah lama saya tak ke Manek Urai. Sejak meninggalkannya 9 tahun lepas, tak sangka ia sudah terkenal ke serata Malaysia. Kenapa. Inilah bahangnya bila pilihan raya kecil Dun Manek Urai meletup.


Rindu pada Kg.Manek Urai Lama masih belum padam. Sentiasa segar dalam hati dan kenangan keluarga Koperal Mat Ui. Kalau anda berpeluang ke sana, cubalah tanya nama abah saya. pasti kenal punya.. (:

Musim sekarang dah ramai orang mula menjenguk Dun Manek Urai. Kampung Sungai Sok (kampung nenek), Chuchuh Puteri A dan B, Sg. Peria, Pemberian, dan kampung yang berada di dalam dun ini pasti akan dijelajahi. Walaupun payah dan jauh ke pedalaman, hari ini orang tak kisah.

Masih teringat lagi..
Pada keretapi yang selalu memecah kesunyian malam dan mengejutkan kami sekeluarga di pagi hari.
Tekadang terdengar berita orang digilis keretapi (2/3 kali setahun) (ngeri betul).
Selalu juga merangkak di bawah kereta api@ naik atas gerabak bila ia merentangi laluan pulang ke rumah. (takut juga, tengah dok merangkak@naik, keretapi bergerak).
3 kali hampir dilanggar kereta api bersama adik. (mujur sempat lari)
Semua itu masih segar.

Pada Sekolah Kebangsaan Manek Urai,
Pada guru yang sangat gigih mendidik, membuka minda anak kampung seperti diri ini,
Takkan ku jumpa lagi pada cekal sekuat mereka.
Pada bilik darjah papan dan batu yang sudah berubah empat tingkat bila saya melangkah keluar.
Pada musolla tempat berjemaah zohor beramai-ramai..
Pada kawan-kawan sekolah.
Manisnya amat untuk dikenang...

Ada lagi..Hmm,Apa ye..

(bersambung...)

Akhir Mei lalu, saya menyertai Daurah Lughah Arabiah selama 2 minggu. Tergesa-gesa meninggalkan SMUTEM dan DQ membuat hati saya rawan. Tapi apakan daya, mengenangkan ma dan abah sudah bersusah payah mendaftarkan saya di YIK (Hari last daftar), saya ikuti jua kehendak mereka. Teringat juga teman SMUTEM yang masih lagi menimbun kerjanya.. Reunion batch dan sebagainya hanya tinggal angan-angan.


Dua minggu. Kami diwajibkan tinggal di asrama. Masih terasa keletihan memandangkan baru sampai di rumah sehari sebelumnya.

Pagi pendaftaran, ditemani ma yang kebetulan ada mesyuarat koperasi di YIK. Terjumpa seorang kak senoir dq. Mujur juga ada ada kawan. Ramai betul peserta. Banin yang paling ramai. Bila dibahagi kumpulan, nisbahnya 3:1. (Satu kumpulan banat pun 39 orang). (di antara semua peserta banat, ada 3 orang senior-termasuklah saya:) )

Alhamdulillah, rupanya Bumi Anbiya' masih segar harumnya untuk dihidu dan dinikmati.

Terlalu banyak ilmu yang dipelajari. Kembali meneliti asas bahasa dan balaghah membuat saya agak teruja. (Semua kuliah dalam b.a). Tapi yang paling menguja, mestilah bahasa Ammi. Mula-mula mendengar langsung tidak faham. Bila dah lama mendengar, baru mulai faham dengan konsep-konsep mudah yang diterangkan ustaz.

Bila sehari-hari dengan b.a, terasa semua percakapan terdengar dalam bahasa arab. Hatta, berita di TV3 pun pada awalnya didengar seperti berita aljazeera. Begitulah, bila kita dah masuk dalam biah bahasa, Insyaallah akan mudah untuk kita mempraktikkannya. Mungkin sebelum ini kefahaman dah ada, cuma keberanian masih belum muncul.

Menyertai pba membuatkan saya menemui kembali guru-guru lama yang pernah mendidik di Maahad dulu. Ustazah Khadijah Kun Ahmad masih lagi sama stail dan garangnya(terima kasih ustazah, kerna masih mengingati diri ini. Teringat . Juga Us. Su Azhar juga lucunya masih tak kurang. Ada satu cerita..

(bersambung...)

Sebulan lebih menyepi..

Banyak yang ingin dikongsi.. Tapi masih lagi tak berkesempatan.

Cuma, selamat berjuang untuk sahabat dan sahabiah yang akan melanjutkan pelajaran tak kira dekat mana.

Yang dah mendirikan rumahtangga, selamat berbahagia diucapkan.

Yang masih lagi membuat rayuan, didoakan semoga berjaya.
Juga, buat Lina dan Hana''(SMUTEM), terasa cam dah patah sebelah tangan..
Jasa dan pengorbanan kalian, tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Doakan kami yang masih tinggal dapat rawat patah dan terus memburu cita-cita. Semoga sahabat-sahabat semua dan SMUTEM tetap thabat. AMIN.