2 hari lepas ada sedikit kegemparan.

Terjemahan sijil SPM saya entah ke mana. 

Bayangkan, tarikh tutup penghantaran borang tinggal tiga hari lagi.

Takkan nak buat terjemahan baru. Dahla Proses terjemahan paling kurang memakan masa 3 hari. Kejadian pula hanya disedari pada waktu petang. Jika anda berada di tempat saya. Apa yang harus dilakukan. Rasa dunia nak terbalik .

Hanya ini peluang saya. UPU awal-awal lagi tak isi. Takkan nak ke Mesir( mustahil, kerana g.kerja sudah pun hampir 80%). Sambil cuba menenangkan diri, memikirkan plan B. Bukan apa kita harus bersedia menerima sebarang kemungkinan dan jangan lupa harus ada plan "backup'.
Sambil terfikir, kalau betullah tak dapat hantar borang, apa la nak jawab kat ma dan abah.

Jauhnya saya berfikir, sehingga malam itu saya hampir-hampir tidak bersemangat melakukan tugasan saya-check borang KPT Jordan sahabat-sahabat pemohon lain-sambil melawan rasa kesedihan memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini, apa yang akan saya tempuhi selepas ini- aduh, beratnya diuji sebegini. Sambil-sambil menunggu perkhabaran dari banin samaada jumpa@tidak terjemahan itu. Kasihan juga pada mereka terpaksa menyelongkar habis-habisan(mungkin ya.. husnudzan je lah :)) 

Tetamu yang bertandang saya pandang dengan ekor mata sahaja. Mulut membisu .Minta maaflah pada sahabat-sahabat yang ada pada malam tu). Begitulah, bila satu uijan menimpa. 

Esoknya tetap menjelang seperti biasa. Alhamdulillah perkhabaran yang diterima esoknya(semalam) agak melegakan hati. Oleh kerana terjemahan hari tu dibuat secara berkumpulan, berkemungkinan boleh dapat ganti balik lebih awal. (hari tu juga dapat). Mungkin cuai tak check awal, entahlah. Wallahu'alam.(hanya Allah dan mereka yang terlibat mengetahui). Apapun, peristiwa silap teknikal begini harus diambil perhatian. Semoga ianya menjadi iktibar. (KD SMUTEM,jangan marah ye!)

Sebenarnya, ada hikmah tersurat pengajaran di sebalik kegemparan yang berlaku itu. Banyak sangat. Terutamanya pada diri yang lemah ini. Antaranya:

1) Bersikap tenang dan cuba mengawal diri
2) Peka dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang dilakukan.
3) Amanah yang dipikul harus ditunaikan sebaiknya.
4) Mengadulah pada Tuhan (apa sahaja!)

Yang paling penting, jangan lupa pergantungan dan sentiasa cuba untuk husnudzan pada Tuhan pada apa jua kejadian@ujian yang menimpa kita. InsyaAllah, semoga kita tidak melatah lagi selepas ini dan dapat menghadapi sebarang cabaran mendatang dengan tabah dan tenang.

Kejadian ini, semakin menginsafkan diri ini untuk semakin memuhasabah kembali apa yang telah dilakukan selama ini. Semoga mendapat iktibar.

* ni baru hantar borang, cane pulak bila dah berangkat dan memulakan hidup kat sana. Wallahua'lam. Doakan semoga urusan selepas ini berjalan lancar. InsyaAllah.



Ku tujukan teristimewa buat ma dan semua ibu-ibu yang ada di dunia ini. Semoga dirimu berbahagia selalu dan dirahmatiNya.

Buat ma, kau lah segalanya bagi diriku.

Subjek Sejarah.. @ Pengajian Tamadun
Seringkali di zaman persekolahan, ia menjadi subjek pembuai mimpi (bukan saya, tapi teman-teman yang berkata).

Tapi sedihnya, kita menghadam sejarah hanya untuk A1 dalam peperiksaan. Lantas ia terbang sebaik sahaja kita melangkah keluar dari dewan peperiksaan. Aduh, bukan saya seorang, tapi lazimnya begitu.

Kenapa harus jadi begitu?
Salah siapa, adakah kesedaran yang ditanam oleh guru-guru tidak cukup ataupun sekadar memenuhi tuntutan silibus pembelajaran.

Dimanakah silapnya sistem pendidikan kita yang mana pelajarnya menghadam ilmu sekadar di pinggiran. Tidak sampai ke hati. Terutamanya subjek agama .

Maka lihatlah umat manusia sekarang yang hanya pandai bercakap tapi hipokrit semata.

Memberi pendidikan kepada anak bangsa, tapi diri sendiri masih keliru dalam berpakaian dan akhlak. Lihatlah saja, berseluar jins, berbaju ketat, bertudung pun sekadar menutup rambut. Yang lelaki apa kurangnya, berseluar koyak rabak, beramput ala punk dan entah lagi sebagainya, payah untuk digambar. Apa guna belajar selama ini. Walhal subjek agama dipelajari saban tahun paling kurang sampai ke peringkat SPM dibuang entah ke mana. Begitulah percatuaran dunia akhi zaman. Mmm, bercakap sedap pun tak guna kalau tiada praktiknya.

"Wahai tuhan kami janganlah kau condongkan hati kami setelah engkau memberikan hidayah kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)"

Sama-samalah kita berusaha mempertahankan iman dan meyebarkan kefahaman Islam kepada orang lain.

Siang tadi, bila rakan mengajak keluar menziarahi teman di gombak( ada sedikit majlis kesyukuran katanya), hati sebenarnya agak berbelah bagi. Entah kenapa. Namun, diturutkan jua. Hampir seminggu tidak ke mana-mana lantaran kesihatan yang tidak mengizinkan. Tambahan pula, hati ini juga hari kemasukan pelajar generasi baru diploma yang bakal menyambung perjuangan gen. Aqrab yang secara tak rasminya telah keluar sekitar 2 bulan lalu..

Perasaan ini agak sedih..

Mmm, begitulah percaturan hidup dunia..Usahlah dikesali.

Menaiki tren, pada mulanya agak lancar. Mungkin cuti hujung minggu yang agak lama sedikit (3 hari-sebab ditambah dengan cuti hari pekerja), masing - masing ada hala tuju tersendiri..

Lama kelamaan, hati yang agak dingin mulai terasa berbahang..
Bercampur hiba melihat anak-anak muda yang menjadi waris berharga negara.
Apa yang akan jadi pada watanku..
Teringat di tangan masih kemas memegang " Jatuhnya sebuah Tamadun"
Pandanganku melilau keluar dari tren..

Terbayang di ruang mata dan fikiran... adakah Malaysia mahu jatuh, seperti hancurnya Khilafah dari muka dunia..
Entah bila kan muncul kembali Al-Fateh, Sultan Salahuddin..
Wahai diri, usahlah mahu bermimpi di siang hari..
Sekadar lidah yang kelu bila berhadapan dengan semua ini, adakah mampu dia mencorakkan kembali generasinya yang parah..
Cukupkah berseranah dalam hati.. Memandang keji, tanpa ada kekuatan untuk mengatasi.. Sungguh diri ini kerdil sekali.. Hiba.. Melihat diri yang terlalu lemah walau tahu hakikat daie itu tidakkan berdiam diri sahaja di situ.

Tren masih berjalan laju.
Terlihat petikan akhbar.
"Selsema babi"
Entahlah, sampai bila mahu berterusan begini..
"Telah nyata dan timbul kerosakan di muka bumi dan laut itu dari apa yang dibuat oleh manusia itu sendiri"
Cuma, manusia itu terlalu ego untuk mengakui segalanya..