Buat sahabat semua, saya hidangkan kepada kalian sebuah cerpen. Moga dapat dihayati apa mesejnya. Ditulis ukht.Hasni.
Bismillahirrahmanirrahim...

Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW katakan sebagai pembawa fitnah terbesar.

Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar.Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.
"Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta'aruf dengan anti."
Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang 'kesekian' itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladziim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. 'Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke managhaddhul bashar-mu?

Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan zahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini justeru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengembang risalah da'wah? Siapakah yang salah di antara kita?
####

"Adakah saya kurang menjaga hijab, ukhti?" tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.

"Atau baju saya? Sikap saya?"

"Tidak, tidak," sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
"Memang ada perubahan sikap di kampus ini."
"Termasuk diri saya?"
"Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?"

Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.
"Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus." Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .
"Apa yang diungkapkan dalam surat itu?"

"Ia ingin berta'aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu."

"Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi."

"Ukhti…," sanggahku, "Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar'ie?"
"InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain."Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?
####

Akhifillah,
Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir putera impian yang hadir hanya dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah Ta'ala semata.
Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadis yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara:kecantikannya, hartanya, keturunannya,atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.Kalaulah ada yang mendapat keempat- empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita solehah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizikal belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?

Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta'ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya'. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.

Akhifillah, Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Fahamkah akhi?
Akhifillah,
Anggota ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.

Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang).Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai.

Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da'wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat solatnya. Ia begitu khusyu'. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata.

Dibaca Qur'an dengan terisak. Ia begitu tawadhu' dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)
####

Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum selesai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.Aida sedang diam dalam kekhusyu'kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.

"Ukhti, tidak solat malam? " tanyanya lembut seusai melirik mata.

"Ya, sekejap," kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. "Dzikrul maut lagi?"

"Husnudzan anti terlalu tinggi."
Aku tersenyum. Sikap tawadhu'mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan solat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.

"Saya malu kepada Allah," ujarnya lirih.

"Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi
rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?"

"Apa keinginan anti, Aida?" Aida menghela nafas panjang.

"Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi," lanjutnya seolah tidak menghiraukan. "Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?"Aku tertunduk dalam-dalam.

"Anti tahu," sambungnya lagi, "Saya ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…"
Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal itu tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?
"Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?" desisku.

Aida menggenggam tanganku. "Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki yang buruk untuk yang buruk juga?"

"Anti tak tahu," air mata mengalir tiba-tiba. "Anti tak tahu apa-apa tentang mereka."

"Mereka?"
"Ya, mereka," ujarku dengan kemarahan terpendam. "Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta'aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita."

"Ukhti!"

"Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da'wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasul Nya semata.
Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain."

"Ukhti, jangan su'udzan dulu. Setiap manusia punyai kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan solehah?"

"Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?"
"Ya, memang…"

"Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?"
"Anti berprasangka terlalu jauh."

"Tidak," aku menggelengkan kepala. "Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizikal belaka.."

"Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan."
"Ia orang yang aktif berda'wah di kampus ini, ukhti."

Aida memejamkan mata. Dapat kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap..

"Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan kanak-kanak Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah- pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?"

Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.

####

Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya', ada su'udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? – 'Afwan.
Akhifillah,
Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu,silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana.Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.

Akhifillah,
'Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang riya' maupun tidak ikhlas. Wallahua'lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.
Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.

Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.


IDEALNYA SEORANG PEMUDA

Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari
padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu


Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati


Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari
Ia juga penumbang segala belantara


Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gelita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan penghormatan
Ia menuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindakan kuffar
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi


Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?
_________________
Ilmu tanpa amal, bagaikan bahan api tanpa pembakaran. Haasibu Anfusakum kobla antuhasabuu

* Moga kita mendapat pengajaran bersama - bahan yang dipaparkan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Sekadar pengkongsian bersama. Semoga bermanfaat.

Rupanya, setelah melalui hari-hari bekerja(kononnya) di bawah naungan smutem agak berat tapi menyeronokkan juga. Amanah dan kepercayaan sahabat untuk menguruskan proses menyambung pelajaran sememangnya amat berat kerana ini adalah untuk kemaslahatan dan masa depan semua sahabat-sahabat pemohon. Lebih-lebih lagi SMUTEM tahun ini mendapat perhatian yang khusus daripada pentadbiran DQ( terutamnya HEP, di bawah naungan unit Alumni dan Kerjaya(Ust. Sya'bani), tentulah urusannya lebih teliti dan terancang. 


Saya dan seorang adik beradik usrah (anjang panggilannya) mula berkampung di sini seawal hari Khamis lepas dengan harapan semoga urusan dan perancangan yang dirancang untuk bulan ini berjalan dengan lancar. (mana taknye, ibu bapa di kampung dah mula bertanya, bila la anakanda tercinta mahu menjengok rumah). Apapun, biar hati berpalut rindu pada mereka, namun amanah dan tugas harus diselesaikan terlebih dahulu. Di samping, menunggu tarikh mesyuarat bersama ustaz yang selalu sahaja berubah tarikh, kami uruskan dulu serba sedikit urusan yang perlu diselesaikan awal. Banin yang diketuai oleh Ust. Ridzuan Adzemi seramai 8 dan banat pula dipayungi oleh ukht Norlina seramai lima orang kini telah memulakan gerak kerja. Bulan ini, kami perlu meyelesaikan urusan pengeposan borang-borang berkaitan Smutem dan Baitulmal kepada sahabat-sahabat yang memohon. 
Jadi, kepada semua pemohon SMUTEM dan Baitulmal, doakanlah semoga urusan pengeposan ini berjalan lancar dan kalian dapat menerima borang yang dihantar dengan selamat tanpa ada sebarang masalah. Untuk pemohon Smutem, jangan lupa date line tengah bulan 4 ini, dan untuk mudahkan urusan harapnya dapat selesaikan urusan bayaran seawal yang mungkin. Ada masalah kita boleh runding (mentang-mentanglah saya ini timb. Bendhari). 

Juga, pihak kami juga mengalu-mengalukan sebarang sumbangan dari anda semua (material terutamnya) untuk menampung kos pengurusan mahupun pembiayaan kepada pemohon yang bakal melanjutkan pelajaran tidak lama lagi. Semoga bantuan kalian sedikit sebanyak membantu pihak kami dan sahabat dalam meneruskan perjuangan jihad menuntut ilmu selepas ini.

Apapun, buat sahabat SMUTEM, bekerjalah dengan ikhlas, tekun dan bersungguh-sunguh. Bersabarlah dalam segala ujian dan cabaran yang dihadapi dan yang bakal dihadapi. :)  Semoga usaha kita bersama terpandang di sisi Allah s.w.t. Amin

Keputusan peperiksaan telah pun diumumkan minggu lepas. Dan semestinya minggu ini talian upu sentiasa sibuk 24 jam. Mana tidaknya, masa hanya berbaki lebih kurang 6/7 hari sahaja lagi untuk membuat keputusan. Masa inilah mahu membuat pertimbangan dan keputusan ke mana hala tuju selepas ini. Tak terkecuali juga kepada sahabat-sahabat lepasan diploma, (tak terkecuali Dq), yang sudah mengisi UPU, mungkin dah boleh menarik nafas kelegaan. Cuma, yang memohon untuk menyambung keluar negara..sekarang adalah masa untuk berfikir dan beristikharah

Bagaimana dengan ibu bapa kita? Sudah tentu, setiap ibu bapa mempunyai harapan, perancangan dan cita-cita untuk setiap anak-anaknya. Mana ada ibu bapa yang mengharapkan anaknya mencapai kegagalan dalam kehidupannya. Apapun, buat semua sahabat-sahabat mahupun adik-adik, pilihlah keputusan yang terbaik sambil jangan buat2 lupa bertanya pandangan ibu bapa kita. Sekiranya bertentangan keputusan kita dengan mereka, berbincanglah sebetulnya dengan mereka. Mungkin, mereka ada pemikiran mereka sendiri buat kita, dan kita juga perlu berterus-terang dengan mereka, apa yang sebenarnya yang kita minati dan cita-citakan. Berkongsilah dengan ibu bapa kita.

Ingat sahabat semua, kemana pun kita pergi, yang penting keberkatan dalam setiap amalan kita itu yang paling diutama. Dan, sebagai anak semestinya kita memerlukan keredaan ibu bapa dalam setiap tindak tanduk kita. Bukankah, redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Apapun, berbincanglah sebaiknya dengan ibu bapa kita. Di sini saya sertakan beberapa panduan buat ibu bapa dan juga sahabat-sahabat dalam menentukan hala tuju masing-masing.

  • Menyesuaikan cita-cita, minat dan bakat

    Bagi anak yang memiliki cita-cita tertentu, pilihlah kursus yang bersesuaian untuk mencapai cita-cita berkenaan. Contohnya, jika sejak kecil anak menunjukkan minat berniaga, mempunyai bakat yang dibuktikan menerusi aktiviti di sekolah kursus yang sesuai ialah ekonomi atau pengurusan perniagaan. Seterusnya galakkan mereka menjadi peniaga berjaya selepas tamat pengajian.

  • Maklumat yang tepat dan terkini

    Carilah maklumat yang tepat sebagai bahan pertimbangan untuk memilih kursus. Rujuk kepada mereka yang berpengalaman dalam bidang ingin diceburi atau dapatkan maklumat daripada pelbagai media termasuk internet. Jangan biarkan peluang anak terlepas begitu saja disebabkan kegagalan mendapatkan maklumat mengenai kursus bersesuaian kelayakan mereka.

  • Lokasi dan kewangan

    Bagi ibu bapa yang mempunyai pendapatan lumayan, tidak menjadi masalah menghantar anak ke mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) tanpa mengira lokasi dan faktor kewangan. Begitu juga bagi mereka yang mendapat tajaan pihak tertentu. Sebaliknya bagi kurang berkemampuan serta tidak berpeluang mendapatkan penaja, lokasi IPT adalah faktor perlu diambil kira untuk menjimatkan kos.

    Dalam keadaan seperti itu, pilihlah lokasi IPT berdekatan dengan tempat tinggal atau lokasi luar bandar yang memiliki kos sara hidup agak rendah. Pilihlah juga tempat kursus yang menawarkan yuran berpatutan.

    Namun, jika tiada pilihan seperti dinyatakan, elakkan wang sebagai faktor yang menghambat masa depan anak. Mungkin usaha lain perlu dilakukan misalnya membuat pinjaman kewangan mengikut kadar kemampuan untuk membayar balik.

  • Peluang mendapat tempat

    Jika anak mempunyai kelulusan cemerlang dalam SPM atau STPM, peluang mendapatkan kursus diminati amat cerah. Sebaliknya anak memperoleh pencapaian sederhana, peluang agak terhad kerana persaingan tinggi.

    Dalam keadaan seperti itu, bimbinglah dan nasihat anak supaya tidak terikat dengan satu pilihan bidang dan tempat kurus saja sebaliknya menyenaraikan beberapa pilihan alternatif. Lebih baik jika dapat menyenaraikan kursus dan tempat kursus yang layak dimohon mengikut kelulusan anak berdasarkan iklan diwartakan menerusi media dari semasa ke semasa.

  • Kerjaya masa depan

    Sebahagian besar ibu bapa dan anak mengharapkan peluang kerjaya yang cerah sebaik saja anak menamatkan kursus atau pengajian terutama bagi anak yang diamanahkan untuk membela nasib keluarga.

    Jika demikian keadaannya, sudah tentu kursus yang mampu menawarkan peluang pekerjaan bakal menjadi pilihan. Ia menuntut ibu bapa membuat sedikit tugasan mengkaji apakah peluang pekerjaan yang ada di pasaran dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

    Namun, ada kalanya sesuatu keputusan itu tidak dapat memuaskan sesuatu pihak walaupun perbincangan dilakukan. Apa yang pasti, ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak dalam setiap langkah diambil.

    Selepas berusaha, bersyukur dengan apa juga kursus yang diperoleh dan yakin dengan janji Allah seperti firman-Nya yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)

    Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 14)

    Buat sahabat-sahabat, mungkin panduan di bawah boleh membantu anda

  • Panduan memilih kursus atau bidang pengajian di IPT

  • Menyesuaikan cita-cita, minat dan bakat - Pilih kursus yang bersesuaian untuk mencapai cita-cita berkenaan.
  • Maklumat yang tepat dan terkini - Cari maklumat yang tepat sebagai bahan pertimbangan untuk memilih kursus.
  • Lokasi dan kewangan - Pilih lokasi IPT berdekatan dengan tempat tinggal atau lokasi luar bandar yang memiliki kos sara hidup rendah. Pilih juga tempat kursus yang menawarkan yuran berpatutan.
  • Peluang mendapat tempat - Bimbinglah dan nasihat anak supaya tidak terikat dengan satu pilihan bidang dan tempat kurus. Senarai beberapa pilihan alternatif.
  • Kerjaya masa depan - kaji peluang pekerjaan yang ada di pasaran dalam tempoh lima tahun dari sekarang.( http://aferiza.wordpress)

  • Semoga kalian berjaya membuat keputusan dan pilihan terbaik bersandar dan berpandu petunjuk Ilahi. InsyaAllah.

    TOKOH SARJANA FALAK
    "AL-KHAWARIZMI(780-850)"

    Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau dilahirkan di Khawazim (Kheva), selatan Laut Aral, Uzbekistan.

    Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi adalah seorang ahli falak yang agung.

    Diantara hasil kerja beliau ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

    Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. Beliau juga telah menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

    Selain bidang falak, Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sinus dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.

    Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah Kitab at-Tarikh (falak), Kitab al-Rukhmat(falak), Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), Kitab Surat al-Ard (falak-geografi), Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) dan Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic).

    Sumber : laman web kompleks falak al-kahwarizmi

    Alhamdulillah, dapat juga disiapkan templat baru blog. Banyak kesukaran dihadapi. (maklumlah masih lagi dalam proses belajar..yang paling susah, nak cari template yang berkenan di hati). Apapun, selamat menikmati wajah baru dan tulisan blog ini. Terima kasih juga buat adik Munirah yang sudi membantu..

    Alhamdulillah, hari yang ditunggu sampai jua. Keputusan spm dan stam diumumkan hari ini. Bermakna buat diriku dan adikku, Abdullah al Qusairy..Saya STAM dan adik saya, SPM. Apapun keputusannya biarlah rahsia. Tanyalah empunya diri. Buat adik-adik di MMP , akak ucapkan tahniah, atas kejayaan kalian mengharumkan nama sekolah kita. (siapa tak bangga junior dapat pelajar terbaik SPM 08, mungkin di akhbar perdana menafikan, tapi siapa boleh pertikaikan bahawa 19A1 dan 1A2 adalah keputusan terbaik setakat ini...)

    Saya ambil sedikit petikan dari Harakahdaily dan laman web sekolah.. (ni yang buat tak sabar nak turun sekolah, kembang lagi la 'papali' , mudirah dan semua guru. Teringat kenangan masa zaman sekolah)

    Sumber : Harakahdaily (12 Mac) 
    Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
    Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.



    Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

    Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

    Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

    Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.

    Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

    Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

    Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

    Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

    Image

    "Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.

    Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

    Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

    Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

    Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.
    Image

    "Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

    Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

    "Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau. - mj _


    sumber : laman web mmp

    Keputusan SPM dan STAM telah diumumkan pada tengah hari tadi di Dewan Utama, MMP dan MMP merupakan sekolah terbaik di MalaysiaPelajar terbaik SPM di seluruh Malaysia ialah Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal dengan pencapaian 20A iaitu 19A1 dan 1A2. Manakala, pelajar terbaik STAM ialah Suhaslinda bt Razali dengan pencapaian 10 Mumtaz.

    Hal ini mengulang sejarah pencapaian Siti Fatimah Mokhtar, pelajar terbaik SPM 2006 yang memperoleh 18A (17A1 dan 1A2) dan Nur Amalina Juhari, calon terbaik SPM 2007 yang memperolah 15A (13A1 dan 2A2)

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang berjaya.

    Senarai pelajar cemerlang SPM disertakan di bawah:




    NAMA PELAJAR              A1    A2    B3   
    Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
     19  1 
    Ezzatul-Akhma Muhamad
     13  
    Nur Farah Aisyah Nazim
     13  4 
    Nik Madihah Nik Shafii
     12  1 
    Nurul Ain Othman
     11  1 
    Nur Syafekar Zaini
      9  3 
    Zur Ain Mohd Isa
      8  6  2
    Madihah Hj Mat Ali
      8  4
     

     

    Buat adik-adik yang masih meneruskan perjuangan, contohilah perjuangan kakak-kakak bukan sahaja dari segi akademik, tapi juga syaksiah. Moga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

    Check out this SlideShare Presentation:

    Bahasa Jiwa Bangsa

    "Bahasa menunjukkan Bangsa"

    Masihkan kalian ingat akan cerita Seniman Bujang Lapok, babak ketika Ajis, Ramli dan Sudin ditegur oleh seorang Pengawal(berketurunan Sikh)..

    Di mana Sudin bercakap dengan bahasa yang agak kurang menyenangkan si pengawal pintu. Lantas mereka ditegur,
     " Panggil orang Hoi, Hoi, macam orang tidak ada nama" (lebih kurang begitu lah)

    Di kala itu, kita boleh menikmati bahasa yang indah kurang dari anasir yang merosakkan. Indahnya mendengar, melihat rakyat Malaysia berbahasa dengan fasih. Walau di kala itu, sekolah Melayu masih lagi dianggap "second class" berbanding sekolah Inggeris, namun sesekali tidak menghalang perjuangan bahasa terus dimartabatkan.

    Apa guna bahasa pada kita?
    Adakah sekadar wasilah komunikasi?
    Adakah mahu bahasa kebanggaan kita sekadar tinggal sejarah, hanya layak bermukim di dalam teks-teks tinggalan sejarah di dalam buku tawarikh, mahupun Bahasa Melayu, mahupun Kesusateraan Melayu.

    Lupakan kalian, ianya pernah menjadi lingua franca, tersohor di serata dunia..
    Namun, keegoaan untuk menuruti jahiliah, semuanya hanya tinggal kenangan. Bahasa Melayu @ Malaysia hanya tinggal suatu kemegahan di masa lalu.

    Bagi saya, bahasa Melayu amat tinggi nilai ertinya bagi saya.
    Besar, kerana ianya bersebati dengan adat budaya kita. Dari mana lagi kita nak mengenal asal bangsa, asal kekayaan kita, asal nilai jati diri kita. Apa nilainya bangsa kita, jika bahasa ibunda sendiri diremehkan. Kita sudah tiada nilai berharga di sisi orang luar. Mungkin lumrah manusia, selalu terpersona dengan kehebatan orang lain sampai sanggup melepaskan apa yang sudah dalam genggaman.
    "Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan"
    Ruginya kita tidak menghargai apa yang kita ada.

    Realiti pelajar hari ini menyedari kepentingan Bahasa Inggeris sebagai satu keperluan. Namun bagi saya, usahlah terlalu taksub mengejar keperluan yang satu ini sampai kita lupa jatidiri kita.
    Saya bangga denagn Bahasa ibunda saya. Kerna dari sini saya mengenal bangsa bagaimana asalnya, aslinya. Indahnya menghayati prosa tradisional seperti syair, gurindam, hikayat ciptaan nenek moyang yang masih kaya budayanya, sopan santunnya, dan lemah lembutnya. Ringkas tapi berisi. 

    Mungkin juga masyarakat sekarang yang terkenal dengan berbagai masalah sosialnya banyak terbias dari penghayatan berlebihan pada bahasa orang lain. Sebab itulah, budaya bangsa/masyarakat penutur natif bahasa Inggeris mula menyemai dalam setiap diri orang kita.
    Asyik terikut dengan gaya orang, hingga kita hilang keistimewaan kita.

    Sebagai pelajar, saya memahami kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, namun pengalaman belajar Sains, Matematik, Kimia, Biologi, dan Fizik dalam bahasa ibunda ternyata lebih memberi kefahaman, menyenangkan kepada saya berbanding situasi yang dihadapi oleh adik-adik saya ( ternyata iq dan kefahaman serta  pelajar luar bandar tidak sama dengan pelajar di kawasan bandar), ternyata sukar untuk memahami subjek-subjek tersebut walaupun pada tajuk-tajuk yang mudah. Realitinya, ramai pelajar di Malaysia ramai dari kawasan luar bandar. ( Satu fakta, tatabahasa Malaysia pun tidak dikuasai dengan baik, bagaimana pula hendak merangkak-rangkak dengan bahasa kedua. Hatta karangan pun ditulis dengan bahasa loghat percakapan). Jadi sudah tentu kemungkinan terdapat 500000 pelajar akan tercicir pelajaran akan menjadi realiti sekiranya keadaan sekarang tidak cuba diubah.

    Jadi, seruan saya jika ada kesempatan, kita turun beramai-ramai ke Himpunan Mansuhkan PPSMI  pada 7 Mac, jam 2 petang bertempat di Istana Negara.

    Hidup Bahasa Ibunda 





    Semua amalan, bergantung kepada niat si pelaku.
    Benar, kita takkan dapat membaca niat dan hati seseorang, namun biasanya(ghalib), apa yang diniat itulah yang terzahir di balik kelakuan seseorang.

    Siapa yang tidak mahu menjadi mukmin yang hebat,
    Siapa yang tak mahu menjadi mukmin soleh,
    Siapa yang tak mahu menjadi muslim sejati,
    Niat, beserta usaha pasti akan temui natijahnya..Cepat atau lambat, takdir sahaja yang menentukan.

    Siapalah kita untuk mentafsir diri, menilai diri, hebatkah kita dengan keilmuan yang kita ada, matangnya kita dengan usia yang berlalu lebih dari oran lain (atau lebih mudah lebih makan garam)? Adakah ceteknya ilmu @ kurangnya faqih seseorang menyebabkan kita merasa kita sahaja yang betul, sampai satu pun alasan @ mungkin juga pendapat atau fakta yang diutarakan oleh orang lain langsung tidak diterima.

    Saya ada mendengar corat coret rasa tidak puas hati seorang teman(mungkin bukan dia seorang) tentang seseorang.

    Orangnya mungkin di pandangan mata khalayak, seorang yang mungkin hebat dari sudut keilmuan dan kealiman serta mungkin juga kematangan. Bila berbincang sukar sekali menerima pendapat. Bahkan ditentang keras oleh teman ini. Walaupun secara rasionalnya hujah teman saya betul dari segi logiknya. Berkali diterangkan tetap juga berkeras dengan pendekatan yang dibawa.

    Saya terfikir, inikah sebenar jatidiri seorang pendakwah. Di depan khalayak, berteori hebat mengalahkan pemidato, namun dari sudut praktikalnya hanya yang betul-betul mengenali yang mengetahui betapa"hebatnya' teman ini.

    Mungkin juga bila berlainan jantina menyebabkan konflik ini terjadi. Mungkinkah alasan yang diberi oleh kaum muslimat tidak akan didengar oleh muslimin atas sebab ini. Mungkin juga berdasarkan prinsip "Lelaki itu ketua ke atas kaum wanita" menyebabkan muslimat tiada tempat dalam bersuara( mungkin keadaan ini berlaku di sesetengah tempat sahaja).

    Setiap orang ada hak untuk bersuara. Namun mungkin ada keadaannya perlu juga dibataskan. Dalam konsep kepimpinan sendiri, pemimpin perlu mendengar suara rakyat walaupun bukan semua suara rakyat akan diambil perhatian khusus, namun perlu juga pertimbangan dari pemimpin untuk mengetahui apa sebenarnya kehendak rakyat dalam kepimpinannya.

    Juga dalam sistem syura (lebih tepat dalam situasi yang dihadapi sekarang, dengan nama lainnya mesyuarat), semua ahli syura mempunyai hak untuk menyatakan hujjah dan alasan tentang sesuatu isu. Dan perlu diingat, syura adalah untuk mencari kesepakatan dalam pemutusan sesuatu keputusan. Walaupun orang yang bercakap lebih rendah tarafnya, namun andainya hujahnya lebih rasional dan logik untuk diterima, patut disepakati dari cadangan biasa yang mungkin dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi sendiri.

    Mungkin juga kita perlu kembali telusuri sirah Rasulullah, sewaktu perang Khandaq di saat umat Islam getir dengan cubaan serangan dari seluruh tanah Arab(kalau tersalah, sila betulkan), nabi s.aw. dan sahabat duduk berkumpul(berbincang) tentang apakah strategi untuk menghadapi musuh Islam ini. Nah, sahabat dan nabi s.a.w buntu apa yang harus dilakukan. Ketika itu bangunlah seorang sahabat yang bernama Salman al-Farisi mengutarakan cadangan dengan menyatakan situasi di Parsi pernah menghadapi musuh dengan menggali parit. Nah sahabat ini mengatakan hujah yang rasional, dan lantas diterima untuk dilaksanakan. Bayangkan, Salman ini bukanlah termasuk di kalangan Kibaar as-sahabat seperti Abu Bakar mahupun Umar r.a, namun tetap juga pendapatnya didengar dan diraikan. Ambillah pelajaran dari sirah Rasulullah yang agung ini.

    Saya mendengar, berkata, mentafsir dengan kekangan ilmu yang ada dan meneliti dengan secebis pengalaman yang tak seberapa.

    Insan yang berkata lebih dekat untuk diuji kata-katanya.