Tarbiah, kita lalui nya dengan bermacam cara, ada kesenangan ada juga kesusahan, ada kegembiraan, ada kesedihan, itu semua tarbiah.. 

Semuanya wasilah, bergantung kepada kita mahu mengambil berat soal tarbiah atau tidak. Adakah rasa ego, atau mungkin harga diri yang tinggi akan menyebabkan sukar menerima tarbiah yang berwasilahkan orang lain. Adakah dengan kelemahan yang ada pada sesorang itu akan menyebabkan kita merasakan dia tidak layak untuk mentarbiah kita.

Alangkah kolotnya dan egonya manusia begitu. Bangga dengan nikmat yang mungkin bila-bila masa sahaja ditarik...

Berkata begini, bukan bermakna saya sudah cukup faham dengan tarbiah, tapi sekadar beberapa pendapat dari secebis pengalaman ditarbiah(lebih banyak) dan mentarbiah. 

Bagi yang merasakan dia ditarbiah, positifkan diri dengan apa jua wasilah tarbiah yang  datang kepadanya, dan bagi yang diamanahkan wasilah mentarbiyah, itu amanah, bukan tempat anda melepas dendam @ yang sewaktu dengannya. Jalankah amanah itu dengan sebaiknya, apa guna kepercayaan dan kethiqahan orang pada kita dikaburi dengan kata manis semata. Tapi praktikalnya tiada.

Kita takkan lepas dari silap. Kita bukan ma'sum sahabat, Kita cuba menjadi terbaik, harus akur kita mesti pernah berbuat silap. Samaada sedar atau tidak. 

Apapun, saya juga mengerti penerimaan setiap orang berbeza untuk setiap tarbiah yang dilaluinya. Tepuk dada tanya iman saudara, sama ada kejadian masa lalu akan membuat kita lari dari tarbiah ataupun kalau ada kekekurangan, apa salahnya kita cuba membaiki. Sedih juga mendengar @ melihat keadaan sahabat kadang-kadang merasakan cukuplah tarbiah yang diterima, dia tak mahu lagi ditarbiah begini. Tak sanggup. Aduh sahabat, awas kata-katamu.. Bukankah semuanya dari Allah, tidakkah kau tidak redha atas segala ketentuannya. 

APA YANG KITA LALUI DAN TEMPUHI SEMUANYA WASILAH SAHABAT. 

Insan yang berkata, lebih dekat untuk diuji kata-katanya.

Alhamdulillah, tiga tahun berlalu dengan baik..
Hari-hari terakhir, saya cuba penuhi dengan kuliah-kuliah ilmu,
Cuba mengutip sebanyak mana ilmu selagi bermaustatin di bumi ini,
Syukur, Allah sangat pemurah dan Maha mendengar setiap rintihan hambanya,

Cuma, terfikir juga, adakah seseorang hamba itu akan lupakan tuhannya bila dah di bagi nikmat. Nauzubillah dari semua itu.

Bila melihat natijah tak rasmi untuk madah al-quran, rasa nak mengalir air mata..
LULUS... siapa tak gembira, siapa tak terharu pada kasih Tuhan yang tak pernah putus..
Tuhan, siapalah aku nak diberi semua nikmat ini..Terima kasih ibu ayah, guru dan sahabat atas doa kalian.

Bila dah habis exam, kasihan juga pada teman yang bertungkus lumus menyiapkan tesis. (Syukur, tesis siap dan print awal), tak percaya rasanya bila pegang tesis yang dah dijilid (baunya pun harum,sambil takut nak tengok balik-takut ada salah lagi :)) , tak sabar rasanya nak hantar pada ustaz Yusri. Esok tak sempat, sebab pergi masjid wilayah(InsyaAllah).

Kiranya itulah taklifat madah terakhir, dua tiga hari lagi bergelar alumni secara tak rasmi..

Sedihnya nak berpisah dengannya..Terlalu bermakna DQ pada diri ini..

Apapun,taklifat Al-Quran sampai bila takkan hilang. Taklifat untuk mengingati, mengamal dan menyampaikan takkan hilang sampai mati. Teruskan mujahadah untuk diri dan sahabat.


29 Disember 2007

Azlin terbatuk-batuk sambil menahan kesakitan yang menyerang. Tak tertahan rasanya. Surat itu mesti dihantar hari itu. Dia mengambil sapu tangan mengesat darah yang mengalir dari mulut.

“Ahmad”, dipanggil adik bongsunya yang sedang bermain  di ruang tamu.

“ Poskan surat ni. Hari ni juga tau! Nah tiga ringgit. Beli setem dua ringgit dan lebih duit tu ambillah.”

“Kak long, ada darah kat hidung.” Kata adiknya sambil mengesat darah itu dengan jarinya.

“Sabar ye kak long. Banyakkan berdoa dan kuatkan semangat. Adik sayang kak long,” Dia tersenyum sambil mengusap dan mencium kepala adiknya.

“Dahla tu. Pergi cepat”

                        *                      *                      *

15 Januari 2008

              Hati ini sebenarnya sering disayat duka. Entah di mana silapnya atau ke mana jalan yang hendak dilalui semuanya berkumpul. Tiada jalan untuk menghuraikan semuanya. Ah, aku keliru sebenarnya. Antara semua ini, mana satu yang harus aku pilih. Semuanya membawa aku terus hanyut. Ya tuhan tunjukkan aku jalan yang lurus. Biar aku dapat huraikan segalanya. Aku tak tahan menanggung segalanya lagi..

 Di situ, di atas sebuah bangku kayu yang berukir cantik yang disediakan untuk pejalan kaki, dia bersandar kelelahan. Sesekali perasaan hiba datang menguasai, sambil memerhatikan manusia yang lalu lalang di hadapannya. Terasa kebosanan begitu lantas dia bangun dan mengatur langkah.

             Dia merenung jalan lurus yang selalu sarat dengan kehidupan dunia di hadapannya. Kesibukan membuat manusia lupa segalanya. Amanah, ikatan persaudaraan semakin sepi dipandang. Ya, akulah yang masih gagah berdiri mengunci segala azimat yang masih lagi tersimpan agar tak mudah dirampas. Lamunannya hilang dek terkejut dengan bunyi hon yang entah dari mana datangnya.

               Sorry sir.”

              Small matter         

            Cepat-cepat dia pulang ke rumah. Bagaikan ada sesuatu yang menarik dia untuk pulang. Bercampur perasaan gelisah. Hari ni pun bukan ada apa-apa pun. Baik aku pulang saja.

            Baru sahaja dia menghempaskan badannya ke katil, dia ditegur oleh teman serumahnya.

            “Nah, ada surat dari Malaysia. Hai tak pernah dapat surat, mimpi apa orang kat sana nak hantar surat kat awak.”

 (bersambung....)


Kita musafir lalu, 
sekejap saja singgah di permusafiran ini, 
mengumpul bekal menuju ke destinasi,
Himpunlah, takut-takut bekal habis di tengah perjalanan,
kepada siapa lagi hendak meminta..

Esok, kertas terakhir..
Esok juga keputusan terakhir,
Mahu berkelana jauh atau cukuplah menyeberang negeri,

tapi, hati ini teruja ingin menghirup aroma padang pasir bumi anbia.. Hmm, mahu menghayati kisah Petra di balik keingkaran kaumnya, mahu merasai duka saudara di bumi al-Quds, merindui manisnya bertemu orang soleh dan ulama, menimba makrifat dan ilmu buat bekalan diri..

Minggu depan,
juga minggu terakhir permusafiran aku di bumi Barakah ini,
adakah barakahnya menempias pada diriku, ada aku yang menempiaskan noda pada serinyanya... Wallahu'alam..Doakan saja yang terbaik.   

cepatnya tempoh tiga tahun berlalu,
meninggalkan aku yang dulunya berluluh air mata mahu mengongsi barakah bumi ini bersama sahabat...

tapi timbul jua rasa gusar,
cukupkah ilmu yang ku timba di sini,
padankan pengalaman yang dikutip di sini,
untuk ku tempuhi dunia...

InsyaAllah.. biiznillah diri ini mampu...