9 November 2009


Saya sedang berehat di sebuah bangku ketika sahabat baik saya, Sofa' datang menegur. Tak sangka pula dapat bertemu dengannya. Kebetulan dia baru sahaja tamat kelasnya hari itu. Kelihatan dia sangat anggun memakai jilbab coklat ( dalam bahasa arab warna ini disebut, bunniy ). Dia bertanya sama ada saya lapang ketika itu. Saya menggangguk.

Dengan wajah gembira, dia mempelawa saya menemaninya ke mat'am. Kasihan melihat dia keseorangan saya bersetuju menemaninya ke mat'am selepas solat zohor.

Sepanjang perjalanan ke bab syimali, kami berbual-bual bertanyakan soal diri dan pelajaran. Saya berasa senang dengannya. Beberapa orang Arab hanya mengerling melihat kemesraan kami. Akhirnya kami sampai juga ke mat'am yang dituju. Segan juga rasanya kerana, saya seorang sahaja Malizi di situ. Terasa semua mata-mata arab yang sedang menjamu selera mengekori langkah kami berdua.

Kami berdua masuk ke tengah restoran dan duduk di kerusi yang tersedia. Sementara menunggu syawarma yang ditempah, kami meneruskan perbualan. Sofa membuka cerita.

"I have some story to tell you"
"What"
Kebisingan di dalam mat'am menyukarkan saya mendengar kata-katanya dengan jelas.
"Tentang kawan awak, pelajar Malaysia"

"O, ye ke, Kenapa?"

"Ingat tak hari Rabu minggu lepas, saya ada imtihan Biochemistry. Sebelum imtihan, saya sempat untuk mengulangkaji subjek itu, di depan kuliyyah pendidikan. "

"Lepas tu..."

"Sedang saya tengah cuba mengingati beberapa fakta penting, tiba-tiba kedengaran bunyi muzik yang kuat. Saya tidak menghiraukan walaupun sebenarnya saya amat terganggu dengan muzik Arab yang dipasang itu"

"Selang beberapa minit, lagu Arab yang dipasang bertukar. Kali ini , saya dengar lagu yang rasanya dinyanyikan dalam bahasa awak, juga dinyanyikan oleh penyanyi perempuan. Saya mengangkat muka cuba melihat siapakah empunya muzik yang dipasang. Betullah , Malizi."

"Malizi tu lelaki ke perempuan"

"Lelaki. Saya hanya memandangnya. Sahabat saya yang juga sedang mengulangkaji mengerling lelaki itu ekor matanya. Geram juga, tapi saya sabarkan juga hati. Terus mengulangkaji dan membiarkan tingkah laku syabab itu," Sofa meneruskan cerita.

"Alhamdulillah, akhirnya lagu kedua yang didengar berhenti. Saya menarik nafas lega. Akhirnya dapat juga mengulangkaji dengan tenang. Dalam pada itu, kedengaran pula bacaan ayat suci Al-Quran. Saya mengangkat muka dan alangkah terkejutnya saya melihat syabab yang sama pula sedang khusyuk membaca Al-Quran dari mushaf. Saya memandang rakan di sebelah, kami mengangkat bahu, sambil sahabat saya itu tergelak. Hati saya menjerit, "Apa makna semua ini!"
Kata-kata Sofa yang terakhir membuatkan saya rasa gelisah. Malu sebenarnya.

"Nur, awak tahu bagi kami, penyanyi Arab terutamanya perempuan sebenarnya bukanlah contoh yang baik. Bagi kami mereka itu orang tidak beradab. Apatah lagi lagunya."

Saya menganggukkan kepala. Menambah, sama juga keadaanya di Malaysia. Lihat saja di akhbar dan majalah, karenah artis membuat saya muak.

"Saya tidak sangka, ada juga Malizi yang terpengaruh dengan budaya buruk remaja kami. Meminati lagu-lagu yang mengkhayalkan dan entah apa maksudnya"
"Mm, begitulah. Biala berjauhan dari keluarga dan tiada siapa yang memantau." Saya cuba mententeramkan Sofa sambil menahan rasa segan dek perbuatan rakan senegara.

"Mungkin juga. Bukan apa. Perbuatannya itu sememangnya pelik. Mula-mula dengar lagu yang melaghakan kemudian tanpa segan baca mushaf. Adakah orang itu tidak merasa apa-apa di atas perbuatannya. Bagi kami, masyarakat Arab, ia sangat janggal dan mengaibkan. Sekalipun orang teruk perangainya tidak akan berbuat begitu. Adakah lelaki itu tidak menghayati apa yang Al-Quran sampaikan. Apa maksud lelaki itu berbuat begitu.? Persoalan itu bermain di fikiran saya. Lantas, denga perasaan jengkel saya meninggalkan tempat itu agar saya dapat meneruskan pembacaan saya dengan tenang."

Sofa mengakhiri cerita. Saya membetulkan duduk yang kurang selesa. Tak betah rasanya untuk berhadapan dengan Sofa ketika itu. Malu. Saya cuba untuk meminta maaf atas kelakuan sahabat senegara.

"Tidak Nur, awak tidak perlu meminta maaf. Cuma saya kesal atas kelakuannya. Bayangkan pula sekiranya dia mengambil jurusan agama. Tentu sekali ia tidak sesuai dengan penuntutnya."

Saya hanya mengangguk. Kebetulan pula syawarma yang ditempah sudah pun siap. Kami keluar dari restoran dalam keadaan hati saya bercampur baur..

Berfikit, tentang penyakit yang mula melanda pelajar agama. Bukan sahaja di sini.. Tapi nun jauh di Malaysia. Berfikir, nampaknya penyakit yang ditanam zionis sudah membiak subur. Bukan kepada remaja biasa, tapi mula berjangkit pada pelajar agama. Dan ia sudah pun menjadi kebiasaan.. Aadi di sini.. Adakah kerana tidak faham senikatanya, tidak kenal siapa pengalunnya, maka dengan itu kita malas untuk mengambil endah?

Penyakit yang disangka ubat. Sudah ramai yang mahu mendapatkannya. Hati saya mengalir luka pedih. Kalau golongan daie sudah berubah gaya, apa nasib watan dan generasiku nanti. Siapa yang akan mentarbiah mereka kembali andai daie sendiri sudah rosak.

Usahanya syaitan merubah iman kaum muslimin. Bukan menunjukkan yang terang haramnya. Tetapi mewarnai yang haram dengan bunga-bunga maksiat. Kerna iblis tahu, natijahnya nanti si manusia akan berbuat jahat dan haram sendiri. Tak perlu dihasut lagi. Bila bunga-bunga maksiat tidak terus dicantas, maka ia menumbuhkan tunas yang baru, bahkan bunga yang lebih hebat wanginya.

Nabi sendiri pernah berpesan.. Jelas dan terang. Semua sahabat rasanya sudah mafhum.

عن أبي عبد الله النعمان بن بشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله (ص) يقول : إن الحلال بين وإن والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات لا يعلمهن كثير من الناس ، فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وإن حمى الله محارمه ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب -
رواه البخاري والمسلم

Dari Abdullah Al-Nu'man bin Basyir radiyallahu anhuma katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :"Sesungguhnya yang halal itu nyata(terang) , dan yang haram juga itu nyata(terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara dirinya dari segala perkara yang kesamaran, sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran(syubhat) jatuhlah dia ke dalam perkara yang haram. Seperti seorang pengembala yang mengembala disekeliling kawasan larangan, hampir sangat ternakannya untuk makan di dalamnya. Ketahuilah ! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangannya. Ketahuilah ! Bahawa larangan Allah ialah segala perkara yang haram. Ketahuilah bahawa di dalam badan, ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah sekaliannya. Ketahuilah, itulah yang dinamakan hati!

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
Rujukan : Hadis 40 (Terjemahan dan Syarahnya), Mustafa 'Abdul Rahman. Dewan Pustaka Fajar

Mungkin isu yang diutarakan Sofa' mungkin nampak kecil. Jangan lupa, bahawa kebakaran besar selalu bermula dari bara kecil yang tidak dipedulikan. Ditiup angin selalu, tak mustahil besar nyalanya. Kalau hari ini membakar sampah, tak selamanya ia begitu. Mungkin esok terdengar berita manusia hangus di dalamnya. Fikir-fikirkanlah.

* Latar cerita (1/11/09, Jam 12.00 tengah hari) .
Kisah ini telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu untuk kefahaman dan manfaat bersama.


1 ulasan:

Ini sangat merisaukan. Sangat sangat merisaukan.