Sambungan dari Penentuan Arah Kiblat (Siri 1)

Sila rujuk entri-entri lepas di bawah label 'falak'


1- Buruj Pari

Selain daripada menggunakan bintang Qutbi sebagai panduan arah utara, buruj Pari atau lebih dikenali sebagai buruj Salib Selatan (Crux) boleh digunakan dalam penentuan arah selatan. Arah kiblat ditentukan berdasarkan perbezaan sudut sebanyak 68° antara arah selatan ke kiblat.1


2- Buruj Orion / Belantik / Al-Babadur

Di samping menggunakan bintang Qutbi sebagai rujukan, terdapat juga buruj yang boleh dijadikan panduan terus untuk mendapatkan arah kiblat. Di antaranya ialah buruj Orion (Belantik/ al-Babadur). Di dalam buruj ini terdapat tiga bintang berderet iaitu Mintaka, al-Nilam dan an-Nitak yang dilingkungi oleh beberapa bintang yang cerah. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah bintang berderet tersebut ke arah Barat.

Rajah 5 : Bentuk dan kedudukan buruj Orion dan tiga bintang sederet

Buruj Orion akan berada di langit ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kemudian akan kelihatan tinggi di langit tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan waktu yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit pada waktu Maghrib.2

Rujukan :

1. Persatuan Falak Syarie Maahad Muhammadi Lelaki (2004), "Hisab Arah Kiblat",(Sukatan Pembelajaran Ilmu Falak Syarie 2004 Maahad Muhammadi Perempuan) hal.5.

2. Baharrudin Zainal(2002),Pengenalan Ilmu Falak, Cet.1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hal.114.

0 ulasan: