Sudah dua bulan saya meninggalkan Malaysia. Tanah tumpah darah tercinta. Berbagai peristiwa berlaku. Tentu orang Malaysia lebih merasai kehangatannya berbanding saya yang hanya dapat mengikuti perkembangan arus semasa melalui arus maya sahaja.

Tragedi Jambatan Runtuh beberapa hari lalu ternyata menggemparkan negara. Kematian tiga orang peserta (kesemuanya adik-adik kecil yang baru berusia sekitar 11 ke 12 tahun), tentunya mengundang rasa sayu. Walaupun bukan seagama, namun sebagai rakyat Malaysia, saya bersimpati dan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mereka.

Berbalik kepada punca kejadian yang khabarnya berpunca dari struktur binaan jambatan yang baru dibina seminggu lalu( menurut sumber satu media). Berbagai spekulasi dan andaian timbul rentetan kejadian ini. Salah siapa ya? Mungkinkah sifat meterialistik telah menjadi puncanya? Menurut pihak JKR Negeri Perak (Perak lagi, apa khabar sidang Dun di sana?) , bahawa mereka tidak mendapat sebarang makluman mengenai pembinaan jambatan gantung ini. Apa sebenarnya yang tersembunyi di sebalik tragedi ini. Semoga kejadian ini membuka mata semua pihak. Apapun, tunggulah sahaja hasil siasatan kejadian baru kita boleh mengulas dengan lebih lanjut.

Begitulah, isu-isu berkaitan kebajikan rakyat harus diutamakan. Itukan tugas pemimpin. Bukan tunggu kuli bagi laporan sahaja. Pemimpin itu sendiri kena turun padang. Bila selalu nampak kelibat pemimpin di mata rakyat, barulah mereka ini sayang pada pemimpin tu. Tidaklah ketika musim pilihanraya, letih menabur duit dan janji. Sayang betul memiliki pemimpin yang mempunyai mental sebegini. Mengutamakan sesuatu yang tidak kena pada tempatnya.

Oh, minda-minda yang masih statik di negaraku. Apakah ia akan berubah? Wallahu'lam.

Begitulah juga keadaan yang saya hadapi di sini. Menghadapi mentaliti yang masih tidak berubah. Persepsi dan pandangan orang siapa kita untuk menghalang. Di sini, Jordan sistem pengajiannya agak syadid. Macam Malaysia juga la. Tapi rasanya di Malaysia lagi memenatkan. (kasihan saya mendengar pengalaman teman-teman di sana). Di sini sudah mula memasuki fatrah imtihan awal. (satu fasal ada tiga kali 'exam'). Dah boleh lihat gelagat-gelagat pelajar mula bertukar wajah. Bermacam gaya. Kuliah tafakuh? Alhamdulillah masih memberangsangkan. Harapnya semangat kalian duhai teman terus membara walau apa jua yang terjadi. Diri ini cuma mengharap kita semua terus memasak niat utama kita ke sini untuk menuntut ilmu.. Menggali sebanyak mana ilmu.. Bersungguh bukan semata menaikkan mu'addal semata.. Bersyukurlah, kita masih diberi peluang untuk bermusafir ke sini bukan semata-mata untuk sekeping ijazah sahaja. Semata-mata nama. Ilmu + penghayatan + pengamalan = Insyaallah reda Allah wa najah dunia dan akhirat. Amin.

Semoga kita mampu memacu perubahan yang positif walaupun masih dibelenggu mentaliti yang masih lagi sukar untuk dipecahkan.

Betulkan perkara yang biasa, biasakan perkara yang betul.

Pss: Musim syitaa' mula menjenguk kami di sini.(boleh la tukar koleksi pakaian lepas ni > koleksi musim sejuk). Jam pun dah bertukar lewat sejam dari kebiasaan. Jadi sekarang beza masa dengan Malaysia lebih kurang 6 jam. Buat teman-teman, semoga musim ini, fasal ini mampu memberi ibrah dan mauidzah pada kalian semua dan saya juga..

Teman-teman di Malaysia.. Bittaufiq wan najah untuk imtihan kalian. Doakan kejayaan bersama.

0 ulasan: