Akhirnya bebas juga meneroka alam maya ini.

Sedar tak sedar sudah lebih sebulan berada di sini. Terlalu banyak warna yang mula mewarnai kehidupan di sini. Tak terungkap dengan kata-kata. 7 Oktober telah berlalu menandakan sudah sebulan berada di sini.

Kuliah pun telah bermula. Terasa lucu bila teringat kenangan pada minggu pertama. Mencari kelas tak jumpa sampai sudah. Mujur juga kelas masih belum bermula.

Hidup yang dilalui di sini tidaklah semudah seperti di Malaysia. Semuanya terletak kepada kita. Jalan sudah terbentang. Pandai-pandailah memilihnya. Tak gitu. Alhamdullillah, group kami
seramai 9 orang sudah mula mengenal wajah Mu'tah sebenarnya.

Sepanjang Ramadan mampir ke Syawal terisi dengan baik. Ihya' Ramadhan di sini membuatkan hati ini kembali meraut rindu ke bumi Barakah Dq. Begitulah... bila tiada dalam genggaman, baru terasa mahalnya saat itu. Kemudian, dinihari Syawal yang syahdu mengisi hati. Pertama kali beraya di perantauan, ada juga hibanya. Namun, seronok menziarahi taulan mengubat rasa rindu itu. Alhamdulillah.


Dan setelah tiga minggu menghadapi kuliah, saya mula menghayati keperihan sebagai tolabul ilmi. Bukankah niat ke sini untuk meneruskan jihad ilmu?.
Semoga dapat ku kutip sebanyak mana mutiara ilmu dan hikmah yang bertaburan di bumi Mu'tah, di samping menelusuri nilai-nilai jihad para syuhada' di bumi barakah ini.. Insyaallah.

- Mazar- Makam Abdullah bin Rawahah, panglima ketiga yang syahid di Mu'tah. Makam ini agak jauh sedikit dari dua orang panglima terawal.

- wanginya makam syuhada'. Betapa besar nikmat bergelar syuhadaa'. Roh berterbangan di syurga. Berbahagialah mereka.. Kita bagaimana..


-ini yang paling mengujakan. Takkan Melayu hilang di dunia( petikan kata-kata Hang Tuah). Papan tanda di luar kompleks makam.

Untuk kalian, ku lampirkan secebis kenangan buat tanda rindu dari diri ini...(maaflah, skema pula ayat. Dah lama tak menulis. Terasa dah mula berkarat sel-sel neuron kreatif ni).


-ni kat maktabah jamiah. Tingkat 4, bahagian rujukan.. (letih betul naik tangga)


-kasihan kan.. menunggu coaster datang membawa kami pulang.. tak boleh buat urusan hari tu.. Sedih betul.. Dugaan..

Rindukan Malaysia.. Nak beli tak sama.. Kena la buat sendiri. Ahli bait Bersama rakan-rakan transit dari Terengganu bertungkus lumus malam itu..

Insyaallah, semoga ada kesempatan lagi untuk kita berkongsi cerita dan rasa untuk sama-sama mendapat taujih dan mauidzah.

0 ulasan: