6 hb September...
KLIA menggamit sendu dari kejauhan bersama keluarga. Hati mula berdebar bertambah teruja. Hari yang ditunggu sudah mula tiba. Takutnya nak menghadapi dunia baru. Suasana pada awalnya agak kalut. Maklumlah , nak tunggu berkumpul untuk check in bagasi pun macam-macam hal berlaku. Mata teman lain sudah mula merah. Tak dilupakan sahabat-sahabat UiA, DQ-Usim n sebagainya. Dari kejauhan datang menghantar kami. Terima kasih semua.
Ma dan abah serta adik beradik bersama ayahlong sekeluarga sabar menanti saya menghabiskan detik-detik terakhir bersama sahabat-sahabat. Tiba masa terakhir, saya menyalami tangan semua ahli keluarga sambil meminta maaf. Air mata abah paling mengharukan hati ini. (cadangnye awal tak nak nangis :) )
Akhirnya..
Tinggallah bumi Malaysia.. Bermulalah kembara ilmu ke bumi Urdun.. Lambaian terakhir buat semua. Tinggallah semua, ada umur kita berjumpa lagi. Doakan diri ini najah dunya wal akhirat.
Petangnya setelah 6 jam (ikut kiraan waktu malaysia) membelah awan kami pun sampai di bumi Manama - Bahrain. Transit dulu sehari. Suhu 37 celcius. Rasa panas semacam sahaja.
Musafir dulu ke Bahrain. Bermacam cerita dan gaya.
Esoknya, kami meneruskan kembara ke Urdun. Hari baik, Nuzul Quran menyambut kami di bumi Urdun. Sejuk pula bumi Urdun ni.. Macam-macam perasaan mula timbul. Gembira bercampur sedih masih lagi menguasai.
Allahumma yassir wala tu'assir... Amin.
Alahai, mana coaster tak sampai-sampai ni...
(bersambung..)

0 ulasan: