Dah lama saya tak ke Manek Urai. Sejak meninggalkannya 9 tahun lepas, tak sangka ia sudah terkenal ke serata Malaysia. Kenapa. Inilah bahangnya bila pilihan raya kecil Dun Manek Urai meletup.


Rindu pada Kg.Manek Urai Lama masih belum padam. Sentiasa segar dalam hati dan kenangan keluarga Koperal Mat Ui. Kalau anda berpeluang ke sana, cubalah tanya nama abah saya. pasti kenal punya.. (:

Musim sekarang dah ramai orang mula menjenguk Dun Manek Urai. Kampung Sungai Sok (kampung nenek), Chuchuh Puteri A dan B, Sg. Peria, Pemberian, dan kampung yang berada di dalam dun ini pasti akan dijelajahi. Walaupun payah dan jauh ke pedalaman, hari ini orang tak kisah.

Masih teringat lagi..
Pada keretapi yang selalu memecah kesunyian malam dan mengejutkan kami sekeluarga di pagi hari.
Tekadang terdengar berita orang digilis keretapi (2/3 kali setahun) (ngeri betul).
Selalu juga merangkak di bawah kereta api@ naik atas gerabak bila ia merentangi laluan pulang ke rumah. (takut juga, tengah dok merangkak@naik, keretapi bergerak).
3 kali hampir dilanggar kereta api bersama adik. (mujur sempat lari)
Semua itu masih segar.

Pada Sekolah Kebangsaan Manek Urai,
Pada guru yang sangat gigih mendidik, membuka minda anak kampung seperti diri ini,
Takkan ku jumpa lagi pada cekal sekuat mereka.
Pada bilik darjah papan dan batu yang sudah berubah empat tingkat bila saya melangkah keluar.
Pada musolla tempat berjemaah zohor beramai-ramai..
Pada kawan-kawan sekolah.
Manisnya amat untuk dikenang...

Ada lagi..Hmm,Apa ye..

(bersambung...)

0 ulasan: