Akhir Mei lalu, saya menyertai Daurah Lughah Arabiah selama 2 minggu. Tergesa-gesa meninggalkan SMUTEM dan DQ membuat hati saya rawan. Tapi apakan daya, mengenangkan ma dan abah sudah bersusah payah mendaftarkan saya di YIK (Hari last daftar), saya ikuti jua kehendak mereka. Teringat juga teman SMUTEM yang masih lagi menimbun kerjanya.. Reunion batch dan sebagainya hanya tinggal angan-angan.


Dua minggu. Kami diwajibkan tinggal di asrama. Masih terasa keletihan memandangkan baru sampai di rumah sehari sebelumnya.

Pagi pendaftaran, ditemani ma yang kebetulan ada mesyuarat koperasi di YIK. Terjumpa seorang kak senoir dq. Mujur juga ada ada kawan. Ramai betul peserta. Banin yang paling ramai. Bila dibahagi kumpulan, nisbahnya 3:1. (Satu kumpulan banat pun 39 orang). (di antara semua peserta banat, ada 3 orang senior-termasuklah saya:) )

Alhamdulillah, rupanya Bumi Anbiya' masih segar harumnya untuk dihidu dan dinikmati.

Terlalu banyak ilmu yang dipelajari. Kembali meneliti asas bahasa dan balaghah membuat saya agak teruja. (Semua kuliah dalam b.a). Tapi yang paling menguja, mestilah bahasa Ammi. Mula-mula mendengar langsung tidak faham. Bila dah lama mendengar, baru mulai faham dengan konsep-konsep mudah yang diterangkan ustaz.

Bila sehari-hari dengan b.a, terasa semua percakapan terdengar dalam bahasa arab. Hatta, berita di TV3 pun pada awalnya didengar seperti berita aljazeera. Begitulah, bila kita dah masuk dalam biah bahasa, Insyaallah akan mudah untuk kita mempraktikkannya. Mungkin sebelum ini kefahaman dah ada, cuma keberanian masih belum muncul.

Menyertai pba membuatkan saya menemui kembali guru-guru lama yang pernah mendidik di Maahad dulu. Ustazah Khadijah Kun Ahmad masih lagi sama stail dan garangnya(terima kasih ustazah, kerna masih mengingati diri ini. Teringat . Juga Us. Su Azhar juga lucunya masih tak kurang. Ada satu cerita..

(bersambung...)

0 ulasan: