Siang tadi, bila rakan mengajak keluar menziarahi teman di gombak( ada sedikit majlis kesyukuran katanya), hati sebenarnya agak berbelah bagi. Entah kenapa. Namun, diturutkan jua. Hampir seminggu tidak ke mana-mana lantaran kesihatan yang tidak mengizinkan. Tambahan pula, hati ini juga hari kemasukan pelajar generasi baru diploma yang bakal menyambung perjuangan gen. Aqrab yang secara tak rasminya telah keluar sekitar 2 bulan lalu..

Perasaan ini agak sedih..

Mmm, begitulah percaturan hidup dunia..Usahlah dikesali.

Menaiki tren, pada mulanya agak lancar. Mungkin cuti hujung minggu yang agak lama sedikit (3 hari-sebab ditambah dengan cuti hari pekerja), masing - masing ada hala tuju tersendiri..

Lama kelamaan, hati yang agak dingin mulai terasa berbahang..
Bercampur hiba melihat anak-anak muda yang menjadi waris berharga negara.
Apa yang akan jadi pada watanku..
Teringat di tangan masih kemas memegang " Jatuhnya sebuah Tamadun"
Pandanganku melilau keluar dari tren..

Terbayang di ruang mata dan fikiran... adakah Malaysia mahu jatuh, seperti hancurnya Khilafah dari muka dunia..
Entah bila kan muncul kembali Al-Fateh, Sultan Salahuddin..
Wahai diri, usahlah mahu bermimpi di siang hari..
Sekadar lidah yang kelu bila berhadapan dengan semua ini, adakah mampu dia mencorakkan kembali generasinya yang parah..
Cukupkah berseranah dalam hati.. Memandang keji, tanpa ada kekuatan untuk mengatasi.. Sungguh diri ini kerdil sekali.. Hiba.. Melihat diri yang terlalu lemah walau tahu hakikat daie itu tidakkan berdiam diri sahaja di situ.

Tren masih berjalan laju.
Terlihat petikan akhbar.
"Selsema babi"
Entahlah, sampai bila mahu berterusan begini..
"Telah nyata dan timbul kerosakan di muka bumi dan laut itu dari apa yang dibuat oleh manusia itu sendiri"
Cuma, manusia itu terlalu ego untuk mengakui segalanya..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

moga terus tabah ya Ukht,teguhkan diri kita sebelum teguhkan insan lain, ajaklah diri kita dalam masa yang sama ajak orang lain. Islam For All...