Dia tersenyum pahit. Sambil membuka dia meneliti tulisan tangan itu. Macam pernah lihat. Tapi siapa. Namun dia tidak mampu mengagak.

            "Assalamualaikum. Apa khabar saudaraku? Masihkah lagi mengingati diriku? Aku, sahabat baikmu dulu. Azlin. Sudah lama kita tidak bersua. Bagaimana sekarang? Alin sihat-sihat saja. Bagaimana dengan pelajaran. Dengar kata Anis berada di luar Negara sekarang. Alhamdulillah. nampaknya apa yang dicitakan dulu tercapai. Alin? Masih lagi seperti dulu. Comel dan ceria seperti dulu. Ah, perasannya Alin ni.. Oklah cukup la dulu setakat ini. Alin ada hal sekarang. Tunggulah bila Alin ada kelapangan, Alin akan hubungi lagi dirimu. Salam juang dan sayang!!" Azlin                 

            Tiba-tiba hatinya disayat rindu. Air mata mengalir. Dipeluknya surat biru itu. Ah, Alin. Sudah sekian lama kita tidak bertemu. Sejak peristiwa pahit itu. Sendunya kian sayu.

*                      *                      *

13 Februari 2008

            "Assalamualaikum. Apa khabar? Harapnya dirimu masih lagi di bawah lindungan rahmatNya. Maaflah, kesibukan membuatkan aku sedikit terleka. Tapi ketahuilah, aku tidak akan lepas dari mengingatimu. Sebagai seorang teman seperjuangan yang sentiasa mengingatkan diri tika terleka walau apa pun yang terjadi. Di sini Alin sertakan foto kita tatkala kita masih lagi bersama . Di daerah barakah itu."

            Perlahan-lahan dia memegang foto itu. Aduh, manisnya kenangan. Semuanya yang telah dia telah tinggalkan. Tangannya itu menyentuh wajah kaku di gambar itu. Anis membaca sepintas. Tergambar di ruangan matanya wajah putih bersih. Tiada satupun noda yang mencemarinya.

            “Achik, tolonglah jangan buat begini padaku. Usu tak nak kita terus begini. Tolonglah beritahu usu, kalau usu salah." Pujuk Azlin sambil memegang bahu Anis.

            “Memang kau yang salah, tak pernah nak faham yang aku ni begini. Kau tahu tak betapa sakitnya hati aku. Kau hanya fikir tentang diri kau, tak pernah nak faham apa yang aku rasa. Kau tahu tak. Malu. Aku nak letak mana muka aku ni. Bila kisah aku dicanang orang. Dan, tiada orang lain yang tahu sebelum ni kecuali kau. Tahu tak yang aku tak percaya lagi pada kau. Dan jangan panggil aku achik lagi. Kita bukan satu halaqah lagi!” Bentak Anis sambil menolak Azlin ke tepi. Azlin terdorong ke belakang. Mujur tidak jatuh.

            “Achik…. Kenapa kau…”

            “Ah,cukuplah. Lepaskan tangan aku. Mulai hari ini kita bukan lagi macam dulu", Anis berjalan cepat meninggalkan Azlin. Terlalu payah hatinya untuk mendengar penjelasan dari Azlin.

            Ah, achik, kau tak pernah faham…kau selalu buat keputusan terburu-buru. Tak pernah selidik apa yang diceritakan orang. Hanya fikir tentang perasaanmu. Sungguh, kau terlalu,Achik. Terlalu keras atas semua ini. Kau tak pernah..takkan pernah..

            “Uhuk,uhuk.” dia terbatuk. Aduh, kesakitan mula menyerang. Cepat-cepat diambil tisu dari dalam kotak. Harum baunya. Hadiah dari teman yang tersayang. Tisu dibuat khas dengan haruman lavender yang biasanya digunakan dalam perubatan aromaterapi. 

*                      *                      *

25 Mac 2005 

Assalamualaikum…

            Terima kasih kerana masih sudi menatap warkahku ini untuk kesekian kali. Harap dirimu masih tidak terasa jemu mahupun bosan dengan kehadiran surat ini. Anis, di sini Alin tidak mahu mencoret panjang. Kau tahu saja kan. Alin tak pandai menyusun kata. Tanganku pun dah tak terdaya untuk mencoret lebih lama. Cuma di sini ku sertakan sebuah lagu nasyid kegemaran kita berdua. Harapnya dirimu masih lagi mengingati bagaimana nasyid ini dilagukan. J

            Setulusnys hati ini mengulit silaturrahim

            Sendu merantai kerinduan simfoni,

            Syahdu menjadi teman diri,

Kasih saudara jadi pudar warna,

Kerna hasutan semalam bisakah berlalu pergi

Kita  bersaudara, mengapa perlu sengketa

Biarkan ia pergi

Hatinya menangis selari irama itu bermain di bibirnya. Terimbau kisah silam yang duka itu. Memisahkan mereka dan menyebabkan dia melemparkan dirinya ke sini. Dia benci. Benci kepada semua yang yang menyebabkan dia lari ke situ.

(bersambung)....

0 ulasan: