Rupanya, setelah melalui hari-hari bekerja(kononnya) di bawah naungan smutem agak berat tapi menyeronokkan juga. Amanah dan kepercayaan sahabat untuk menguruskan proses menyambung pelajaran sememangnya amat berat kerana ini adalah untuk kemaslahatan dan masa depan semua sahabat-sahabat pemohon. Lebih-lebih lagi SMUTEM tahun ini mendapat perhatian yang khusus daripada pentadbiran DQ( terutamnya HEP, di bawah naungan unit Alumni dan Kerjaya(Ust. Sya'bani), tentulah urusannya lebih teliti dan terancang. 


Saya dan seorang adik beradik usrah (anjang panggilannya) mula berkampung di sini seawal hari Khamis lepas dengan harapan semoga urusan dan perancangan yang dirancang untuk bulan ini berjalan dengan lancar. (mana taknye, ibu bapa di kampung dah mula bertanya, bila la anakanda tercinta mahu menjengok rumah). Apapun, biar hati berpalut rindu pada mereka, namun amanah dan tugas harus diselesaikan terlebih dahulu. Di samping, menunggu tarikh mesyuarat bersama ustaz yang selalu sahaja berubah tarikh, kami uruskan dulu serba sedikit urusan yang perlu diselesaikan awal. Banin yang diketuai oleh Ust. Ridzuan Adzemi seramai 8 dan banat pula dipayungi oleh ukht Norlina seramai lima orang kini telah memulakan gerak kerja. Bulan ini, kami perlu meyelesaikan urusan pengeposan borang-borang berkaitan Smutem dan Baitulmal kepada sahabat-sahabat yang memohon. 
Jadi, kepada semua pemohon SMUTEM dan Baitulmal, doakanlah semoga urusan pengeposan ini berjalan lancar dan kalian dapat menerima borang yang dihantar dengan selamat tanpa ada sebarang masalah. Untuk pemohon Smutem, jangan lupa date line tengah bulan 4 ini, dan untuk mudahkan urusan harapnya dapat selesaikan urusan bayaran seawal yang mungkin. Ada masalah kita boleh runding (mentang-mentanglah saya ini timb. Bendhari). 

Juga, pihak kami juga mengalu-mengalukan sebarang sumbangan dari anda semua (material terutamnya) untuk menampung kos pengurusan mahupun pembiayaan kepada pemohon yang bakal melanjutkan pelajaran tidak lama lagi. Semoga bantuan kalian sedikit sebanyak membantu pihak kami dan sahabat dalam meneruskan perjuangan jihad menuntut ilmu selepas ini.

Apapun, buat sahabat SMUTEM, bekerjalah dengan ikhlas, tekun dan bersungguh-sunguh. Bersabarlah dalam segala ujian dan cabaran yang dihadapi dan yang bakal dihadapi. :)  Semoga usaha kita bersama terpandang di sisi Allah s.w.t. Amin

0 ulasan: