Bahasa Jiwa Bangsa

"Bahasa menunjukkan Bangsa"

Masihkan kalian ingat akan cerita Seniman Bujang Lapok, babak ketika Ajis, Ramli dan Sudin ditegur oleh seorang Pengawal(berketurunan Sikh)..

Di mana Sudin bercakap dengan bahasa yang agak kurang menyenangkan si pengawal pintu. Lantas mereka ditegur,
 " Panggil orang Hoi, Hoi, macam orang tidak ada nama" (lebih kurang begitu lah)

Di kala itu, kita boleh menikmati bahasa yang indah kurang dari anasir yang merosakkan. Indahnya mendengar, melihat rakyat Malaysia berbahasa dengan fasih. Walau di kala itu, sekolah Melayu masih lagi dianggap "second class" berbanding sekolah Inggeris, namun sesekali tidak menghalang perjuangan bahasa terus dimartabatkan.

Apa guna bahasa pada kita?
Adakah sekadar wasilah komunikasi?
Adakah mahu bahasa kebanggaan kita sekadar tinggal sejarah, hanya layak bermukim di dalam teks-teks tinggalan sejarah di dalam buku tawarikh, mahupun Bahasa Melayu, mahupun Kesusateraan Melayu.

Lupakan kalian, ianya pernah menjadi lingua franca, tersohor di serata dunia..
Namun, keegoaan untuk menuruti jahiliah, semuanya hanya tinggal kenangan. Bahasa Melayu @ Malaysia hanya tinggal suatu kemegahan di masa lalu.

Bagi saya, bahasa Melayu amat tinggi nilai ertinya bagi saya.
Besar, kerana ianya bersebati dengan adat budaya kita. Dari mana lagi kita nak mengenal asal bangsa, asal kekayaan kita, asal nilai jati diri kita. Apa nilainya bangsa kita, jika bahasa ibunda sendiri diremehkan. Kita sudah tiada nilai berharga di sisi orang luar. Mungkin lumrah manusia, selalu terpersona dengan kehebatan orang lain sampai sanggup melepaskan apa yang sudah dalam genggaman.
"Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan"
Ruginya kita tidak menghargai apa yang kita ada.

Realiti pelajar hari ini menyedari kepentingan Bahasa Inggeris sebagai satu keperluan. Namun bagi saya, usahlah terlalu taksub mengejar keperluan yang satu ini sampai kita lupa jatidiri kita.
Saya bangga denagn Bahasa ibunda saya. Kerna dari sini saya mengenal bangsa bagaimana asalnya, aslinya. Indahnya menghayati prosa tradisional seperti syair, gurindam, hikayat ciptaan nenek moyang yang masih kaya budayanya, sopan santunnya, dan lemah lembutnya. Ringkas tapi berisi. 

Mungkin juga masyarakat sekarang yang terkenal dengan berbagai masalah sosialnya banyak terbias dari penghayatan berlebihan pada bahasa orang lain. Sebab itulah, budaya bangsa/masyarakat penutur natif bahasa Inggeris mula menyemai dalam setiap diri orang kita.
Asyik terikut dengan gaya orang, hingga kita hilang keistimewaan kita.

Sebagai pelajar, saya memahami kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, namun pengalaman belajar Sains, Matematik, Kimia, Biologi, dan Fizik dalam bahasa ibunda ternyata lebih memberi kefahaman, menyenangkan kepada saya berbanding situasi yang dihadapi oleh adik-adik saya ( ternyata iq dan kefahaman serta  pelajar luar bandar tidak sama dengan pelajar di kawasan bandar), ternyata sukar untuk memahami subjek-subjek tersebut walaupun pada tajuk-tajuk yang mudah. Realitinya, ramai pelajar di Malaysia ramai dari kawasan luar bandar. ( Satu fakta, tatabahasa Malaysia pun tidak dikuasai dengan baik, bagaimana pula hendak merangkak-rangkak dengan bahasa kedua. Hatta karangan pun ditulis dengan bahasa loghat percakapan). Jadi sudah tentu kemungkinan terdapat 500000 pelajar akan tercicir pelajaran akan menjadi realiti sekiranya keadaan sekarang tidak cuba diubah.

Jadi, seruan saya jika ada kesempatan, kita turun beramai-ramai ke Himpunan Mansuhkan PPSMI  pada 7 Mac, jam 2 petang bertempat di Istana Negara.

Hidup Bahasa Ibunda 





0 ulasan: