Alhamdulillah, hari yang ditunggu sampai jua. Keputusan spm dan stam diumumkan hari ini. Bermakna buat diriku dan adikku, Abdullah al Qusairy..Saya STAM dan adik saya, SPM. Apapun keputusannya biarlah rahsia. Tanyalah empunya diri. Buat adik-adik di MMP , akak ucapkan tahniah, atas kejayaan kalian mengharumkan nama sekolah kita. (siapa tak bangga junior dapat pelajar terbaik SPM 08, mungkin di akhbar perdana menafikan, tapi siapa boleh pertikaikan bahawa 19A1 dan 1A2 adalah keputusan terbaik setakat ini...)

Saya ambil sedikit petikan dari Harakahdaily dan laman web sekolah.. (ni yang buat tak sabar nak turun sekolah, kembang lagi la 'papali' , mudirah dan semua guru. Teringat kenangan masa zaman sekolah)

Sumber : Harakahdaily (12 Mac) 
Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.



Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 memperolehi keputusan 17A.

Manakala Suhazlinda Ghazali diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) apabila memperolehi pencapaian 10 mumtaz dalam peperiksaan itu tahun lepas.

Hadir sama pada majlis penuh bersejarah tersebut, ibu Nik Nur Madihah, Mariani Omar, 42 dan ayahnya Nik Mohammad Kamal.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ustaz Zakaria Mohamad dan penolong-penolong pengarah Yik, tenaga pengajar sekolah terbabit, pelajar serta ibu bapa serta pelajar cemerlang SPM 2006, Siti Fatimah.

Mohd Amar ketika mengumumkan keputusan berkenaan berkata, sebanyak 17 sekolah Yik memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.

Katanya, dua pelajar Maahad Tahfiz Sains mendapat 11A.

Image

"Pencapaian keseluruhan membanggakan memandangkan tahun 2007 hanya 15 sekolah Yik memperolehi kelulusan 100 peratus," katanya.

Beliau juga berkata, seramai tiga pelajar memperolehi keputusan 13A, 11 orang (12A) dan lima orang (11A).

Kata beliau secara keseluruhannya pencapaian peperiksaan SPM 2008 meningkat sebanyak 2.45 peratus apabila melonjak kepada 98.01 peratus.

Mohd Amar juga meluahkan rasa kecewa apabila keputusan peperiksaan tersebut lewat diumumkan kerana kurang mendapat kerjasama pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPN).

Difahamkan pegawai JPN melengah-lengah penyerahan slip keputusan sekolah agama kepada pegawai Yik yang datang mengambil keputusan tersebut pagi tadi.
Image

"Tak perlulah kita nak sorok atau rahsiakan kejayaan pelajar Maahad Muhammadi Perempuan. Apa salahnya kalau dimaklumkan awal kepada kami," ujarnya.

Mohd Amar juga berkata, antara rahsia kejayaan pelajar agama di bawah Yik kerana tidak pernah membelakangkan syariat dalam semua hal termasuk pendidikan.

"Namun sikap pihak tertentu yang memperlekehkan sekolah agama dan hari ini mereka melihat sendiri kejayaannya," kata beliau. - mj _


sumber : laman web mmp

Keputusan SPM dan STAM telah diumumkan pada tengah hari tadi di Dewan Utama, MMP dan MMP merupakan sekolah terbaik di MalaysiaPelajar terbaik SPM di seluruh Malaysia ialah Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal dengan pencapaian 20A iaitu 19A1 dan 1A2. Manakala, pelajar terbaik STAM ialah Suhaslinda bt Razali dengan pencapaian 10 Mumtaz.

Hal ini mengulang sejarah pencapaian Siti Fatimah Mokhtar, pelajar terbaik SPM 2006 yang memperoleh 18A (17A1 dan 1A2) dan Nur Amalina Juhari, calon terbaik SPM 2007 yang memperolah 15A (13A1 dan 2A2)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang berjaya.

Senarai pelajar cemerlang SPM disertakan di bawah:




NAMA PELAJAR              A1    A2    B3   
Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
 19  1 
Ezzatul-Akhma Muhamad
 13  
Nur Farah Aisyah Nazim
 13  4 
Nik Madihah Nik Shafii
 12  1 
Nurul Ain Othman
 11  1 
Nur Syafekar Zaini
  9  3 
Zur Ain Mohd Isa
  8  6  2
Madihah Hj Mat Ali
  8  4
 

 

Buat adik-adik yang masih meneruskan perjuangan, contohilah perjuangan kakak-kakak bukan sahaja dari segi akademik, tapi juga syaksiah. Moga kalian berjaya di dunia dan akhirat. Amin..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahnian diucapkan kepada madihah..
semoga pelajar maahad dapat ikut jejak langkah madihah...

tahniah kepada adik madihah..kepada pelajar lain, contohilah adik kita ni..

mumtaz ya akhiat..
im proud of u..
keep a good work..
kpd blgger ni ana doakan kejayaan atas mu
kelantan tok guru terus unggul
gogogo