29 Disember 2007

Azlin terbatuk-batuk sambil menahan kesakitan yang menyerang. Tak tertahan rasanya. Surat itu mesti dihantar hari itu. Dia mengambil sapu tangan mengesat darah yang mengalir dari mulut.

“Ahmad”, dipanggil adik bongsunya yang sedang bermain  di ruang tamu.

“ Poskan surat ni. Hari ni juga tau! Nah tiga ringgit. Beli setem dua ringgit dan lebih duit tu ambillah.”

“Kak long, ada darah kat hidung.” Kata adiknya sambil mengesat darah itu dengan jarinya.

“Sabar ye kak long. Banyakkan berdoa dan kuatkan semangat. Adik sayang kak long,” Dia tersenyum sambil mengusap dan mencium kepala adiknya.

“Dahla tu. Pergi cepat”

                        *                      *                      *

15 Januari 2008

              Hati ini sebenarnya sering disayat duka. Entah di mana silapnya atau ke mana jalan yang hendak dilalui semuanya berkumpul. Tiada jalan untuk menghuraikan semuanya. Ah, aku keliru sebenarnya. Antara semua ini, mana satu yang harus aku pilih. Semuanya membawa aku terus hanyut. Ya tuhan tunjukkan aku jalan yang lurus. Biar aku dapat huraikan segalanya. Aku tak tahan menanggung segalanya lagi..

 Di situ, di atas sebuah bangku kayu yang berukir cantik yang disediakan untuk pejalan kaki, dia bersandar kelelahan. Sesekali perasaan hiba datang menguasai, sambil memerhatikan manusia yang lalu lalang di hadapannya. Terasa kebosanan begitu lantas dia bangun dan mengatur langkah.

             Dia merenung jalan lurus yang selalu sarat dengan kehidupan dunia di hadapannya. Kesibukan membuat manusia lupa segalanya. Amanah, ikatan persaudaraan semakin sepi dipandang. Ya, akulah yang masih gagah berdiri mengunci segala azimat yang masih lagi tersimpan agar tak mudah dirampas. Lamunannya hilang dek terkejut dengan bunyi hon yang entah dari mana datangnya.

               Sorry sir.”

              Small matter         

            Cepat-cepat dia pulang ke rumah. Bagaikan ada sesuatu yang menarik dia untuk pulang. Bercampur perasaan gelisah. Hari ni pun bukan ada apa-apa pun. Baik aku pulang saja.

            Baru sahaja dia menghempaskan badannya ke katil, dia ditegur oleh teman serumahnya.

            “Nah, ada surat dari Malaysia. Hai tak pernah dapat surat, mimpi apa orang kat sana nak hantar surat kat awak.”

 (bersambung....)


0 ulasan: