Dua dunia berbeza..

Sesiapa yang mahukan dunia, maka hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan akhirat , meka hendaklah juga dengan ilmu, dan sesiapa yang mahukan kedua-duanya, hendaklah juga dengan ilmu.... (petikan dan mafhum saya dari satu hadis)

Menuntut ilmu itu satu kewajipan bagi setiap muslim..

Apa yang saya nak perkatakan sebenarnya..

Terlalu banyak peristiwa berlegar di sekeliling saya..

Pertembungan antara dua fikrah dunia, walaupun muslim sering menggugah minda dan jiwa..Biasalah manusia, setiapnya ada pemikiran sendiri untuk setiap perkara. Terkadang kena cara, diterima. tak kena, berbalik semula pada diri. Letih nak memahamkan manusia yang mungkin merasakan diri hebat dari segi keilmuan dan hujjah. Tapi sukar sekali menerima hakikat, tak semestinya kita selalu berada di jalan lurus.

Tazkirah asar hari ini di masjid, terasa syahdu.. Bahkan hampir kesemua ahli mengalir air mata. jarang jadi begini. barangkali situasi dan kekalutan sehari dua ini mengajar kami apa sebenarnya erti tadabbur pada wahyu yang dianugerahkan pada kami, mungkin juga terkenang jerih perih perjuangan di sini. Walau terasa sedih atas apa yang berlaku, jangan lupa pada pada ketentuan tuhan.. Teringat pada kata-kata seorang junior(esok hari terakhir dia dq), kenapa kita boleh jadi begini, walhal kita membaca, mengahafal dan belajar kitab suci yang sama. Semuanya bermula dengan Al-Fatihah, berakhir dengan An-Naas. Tetapi akhirnya penafsiran tetap berbeza. walhal hidup kita sering dipandu wahyu.. Juga sedikit kata-kata terakhirnya, kegagalan sebenarnya membawa dua makna. Mungkin juga kesedihan, mungkin juga kegembiraan. bergantung kepada kita. Bagi saya semuanya benar. Cukuplah hanya kepada tuhan kita berserah segalanya. semuanya diatas ketentuannya. Dia diuji begini, saya pula begini. Adik, akak doakan adik berjaya di dunia dan dia akhirat. biarlah kita hina di mata manusia, jangan pula hina di sisi tuhan. itu yang penting. Yakinlah pada Yang Esa. Kun, jadilah sesuatu sesuai dengan kehendaknya. Semoga kuat merenangi onak cabaran.

Tazkirah asar yang paling syahdu di sini. Ketika masa untuk bermusafir di sini tinggal sebulan lagi. apa yang bakal saya tinggalkan untuk adik-adik di sini. Teringat pula bagaimana pula saya bila menghadapi duni sebenar di luar.. Al-Quran ini, mampukah saya mentadabbur, menjaganya sebagaimana saya di sini. Tuhan, kuatkanlah saya dan sahabat. Beratnya menjaga amanah yang paling berharga..

0 ulasan: