Tahun baru. Kebetulan tahun baru hijrah dan masihi jatuh hampir serentak tahun ini. Cuma berbeza 3 hari sahaja. Namun cukup untuk kita membuat perbandingan antara keduanya. Fikirkan, bagaimana selama ini kita menyambut kedua-dua tarikh ini.

Bila menyambut tahun baru hijrah, kita dgalakkan supaya membaca doa akhir tahun pada waktu asar dan doa wal tahun pada waktu maghrib. Seterusnya ada pendapat yang menganjurkan supaya membaca surah Yasin. Alangkah baiknya memasuki tahun baru dengan hati dan fikiran yang bersih. Tak dicemari dengan unsur-unsur yang melalaikan dan maksiat.

Seringkali bila menyambut tahun baru masihi, masing-masing tidak sabar menunggu detik 12 malam. Perayaan yang selalu diiringi dengan pertunjukan bunga api, konsert dan sebagainya. Peniaga-peniaga mengadakan jualan istimewa sempena tahun baru dan perbagai aktiviti dirancang sempena tahun baru. Seribu macam perancangan untuk tahun baru.

Bagaimana dengan azam dan perancangan untuk tahun ini. Azam, adakah sama dengan tahun lepas ? Atau tahun ini ada azam baru. Ada target baru atau apa-apa yang baru. Terpulang pada diri sendiri. Apapun semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Ingat,Umat Islam hanya ada tiga masa sahaja.

Pertama, masa yang lepas. Telahun berlalu. sejauh mana masa yang telah digunakan benar-benar bermanfaat pada diri kita dan orang sekeliling kita. bagaimana dengan amalan kita yang lepas? Adakah amalan-amalan itu diterima oleh Allah?

Kedua, masa sekarang. Adakah kita benar-benar menggunakan masa yang ada untuk menambah amalan dan pengabdian pada pencipta kita. Rugilah bagi mereka yang menyia-nyiakan masa yang dia ada sekarang. Masa yang berlalu takkan kembali lagi.

Ketiga, masa yang akan datang. Apa yang kita rancangkan untuk menghadapi masa akan datang? Adakah kita mahu masa akan datang sama dengan masa yang kita lalui sekarang atau sama dengan masa yang telah berlalu. Rancangkan masa depan anda dengan betul. Tapi ingat, kita merancang, Allah juga merancang, tapi perancangan Allah tetap lebih jelas dan dan pasti. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok merupakan impian. Sama-samalah kita muhasabah diri. Hisablah diri sebelum kita dihisab di hadapan mahkamah agung Allah kelak.




0 ulasan: