Hidayah..

Senang sekali disebut, tapi payah sekali nak mendapatkannya.

Hidayah,
Sekali diberi hidayah, beruntunglah kita seumur hidup.
kenapa perlukan hidayah?
Tak cukupkah dengan amalan yang ada?

Ingat, amalan bukan penentu kepada hidayah,

Nafsu,
senang kali dibicara, tapi payah nak dikendali,
walau imu setinggi gunung,
tapi tanpa hidayah takkan dapat mengawali diri.

kembalilah kepada jalan diri,
andai antara kita punya pertentangan batini,
kembali semula pada akar diri..
kita, insan, hamba, manusia, selalu lupa hakikat diri,
Dunia, ibarat roda yang berputar,
sekejap di atas, sekejap pula dibawah,
usah sedih dengan tohmahan, usah benci akan kritikan, usah jemu dengan teguran..
manusia hanya mampu berkata, begitu begini dengan nafsu hati,
terpulang pada diri,
mahu lari, mahu pergi mahu benci akan diri,
jangan lupa kisah nabi,
berdakwah ke sana ke mari tanpa henti,
dilempar batu, dikejar ke sana ke mari, di ancam untuk dibunuhi,
tetap tegar mengawal diri, demi ummati yang dicintai,
andai diri tak mahu menghadapi,
usah gelari diri pejuang din Ilahi..

Ingat, hidayah itu tetap milk Allah,
kerna hidayah kita di sini,
kerna mahabbah kita bersemi,
lupakan sengketa, kita mampu membina ummat berdiri
gagah menongkah dunia suatu hari nanti.

0 ulasan: