Seringkali menjenguk blog sahabat mpr, menjenguk blog mentor-mentor dan senior mpr lain, hati terasa syahdu sekali.

Kenapa?

Hanya orang yang memahami dunia saya akan mengerti.
Terlalu lama saya menyepi.
Selalu cemburu menyelit dalam hati, teman sudah ramai menerobos sempadan media. Tapi saya, barangkali segan mahu menghantar karya, lantas diperam sahaja koleksi-koleksi yang ada. Terfikir juga, bila lagi mahu membina nama. Peluang yang datang sekali sahaja, terlepas kelak diri akan menyesal.

Tawaran sahabat dan kesungguhan mereka buat saya kini tambah bersemangat. Dah dua tahun jadi alumni, takkan nak meyepi lagi. Isyaallah sahabat, saya akan bersama kalian juga nanti. Walau ianya di posisi berbeza, namun saya tetap akan mencuba. Terima kasih buat teman-teman mpr06, masih tidak melupakan diri ini, walau masing-masing sibuk dengan tanggungjawab.. Ukhuwwah dan kenangan yang dibina bersama takkan saya lupakan, kerna itulah yang membekali saya untuk terus berkarya dalam kekangan masa selalu menghimpit diri.
MPR lah yang membentuk saya hari ini, menjadi insan yang hidup bukan hanya untuk diri sendiri, tapi kita punya tanggungjawab berat untuk mengislahkan masyarakat dengan kurnian tuhan yang berharga ini. Jauh di sudut hati, pasti akan dicapai apa yang dicita. Takkan saya siakan kelebihan anugerah yang dikurniakan Tuhan. Pasti akan saya cernakan berdasarkan wahyu dan ilmu warisan Rasulullah tercinta. IsyaAllah.

0 ulasan: