Antara tanggungjawab, dakwah, minat dan hobi...
Mana satu menjadi keutamaan..

Tanggungjawab bukan penghalang
untuk meminati sesuatu, mengembang minat..
Minat seharusnya ditambah seiring hobi..
Walau hobi itu jarang sekali dilaksana..
Dakwah bukan penghalang tuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri..
Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah tuk dakwah..
Betulkah begini.. Terpulang, ini pandanganku..

Dakwah satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah Laailahaillallah Muhammadurrasulullah. Kenapa perlu berdakwah.. Bukankah kita ini Khalifah.. Manusia ini tak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun betul-betul terbuat. Kadang-kadang tersedar, kita ni selalu je buat silap dan selalu ego untuk mengaku silap.. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syara'..

Minat saya sebenarnya ada dua. Dua bidang yang berbeza, dua dunia yang berbeza. Sastera dan Sains. Antara logik dan kreatif.. Sukar sekali nak menemukan dua dunia ini. Tapi bagi saya, ia satu kelebihan.

Kenapa saya kata begitu?
Antara tanggungjawab,dakwah, minat dan hobi,,,
Mana satu pilihan anda.
Jangan disebabkan terlalu memilih, kita hanya memilih satu..
Tak salah semuanya seiring..



Hari Rabu lepas, pihak falakonline ada buat cerapan kat Dq. Asalnya kat padang bola, tapi berpindah tempat ke kawasan rumah pengetua dq. Mungkin kawasan tu agak cerah memungkinkan mereka cari tempat yang lagi gelap. Apapun, saya awalnya mengagak cerapan tak jadi kerana dalam area pukul 9-11 malam, langit memang gelap. langsung tak nampak bintang kecuali ada la satu bintang yang agak cerah di langit. Apapun dalam area pukul 11 malam, saya mendapat satu sms dari 'junior' saya yang mengajak saya turun kerana dia pun ada di sana. Hati masih berbelah bagi. Tambahan pula dah lewat. Kurang manis untuk berjalan malam tambahan pula terpaksa melalui asrama banin untuk ke sana. Tapi, sms bertalu-talu datang memujuk saya pergi kerna masih ada banat di sana. Digagahkan diri jua untuk pergi bertemankan roommate dan seorang junior sambil tangan memegang peta bintang yang pernah diberi junior dulu. Baru je memulakan perjalanan, ada lagi teman-teman yang mahu mengikut. Dalam gelap kami berjalan (memandangkan lampu jalan ditutup tuk cerapan tu) menuju ke sana. Sesampainya di sana, saya diperkenalkan kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab Astronomi UIA, kebetulan masa MIASAT dulu kami pernah menjemput mereka untuk mengadakan pameran. Kiranya ada link juga la.

Sambil berbual kami tak lepas memandang langit, (cuaca elok, tapi langit berawan) menunggu masa terbaik untuk mencerap. Pihak falakonline dah pasang empat teleskop dan satu bina. Saya minta kebenaran untuk teman-teman tengok bintang sambil meneruskan perbualan dengan sahabat-sahabat UIA ni. Teringat yang peta bintang masih di tangan, saya minta junior saya ajarkan. Baru faham macammana nak gunakannya.

Apapun malam ni saya telah melihat satu kebesaran Tuhan yang jarang-jarang diteliti secara profesional. Bintang dan Bulan sentiasa menghiasi langit di malam hari, tapi pernahkan kita luangkan masa sejenak untuk menelitinya dan mengambil iktibar darinya. Banyak sekali ayat di dalam Al-Quran menceritakan tentang bintang dan alam cakerawala. Contohnya, dalam surah Yasin, ayat 37-40 yang bermaksud :


(37)- dan suatu tanda kebesaran Allah bagi mereka ialah malam ; kami tanggalkan siang dari malam itu, maka seketika itu mereka dalam kegelapan.

(38)-dan matahari berjalan dari tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.

(39)-dan telah kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan setelah sampa ke peredaran terakhir, kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.

(40) tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak mendahului siang. Masung-masing beredar pada garis edarnya.

Dari lagu Hijjaz,

Malam bagaikan ada tersimpan sejuta rahsia,
Malam dihiasi bintang-bintang,
Keindahan tiada taranya.

Malam ini ku saksikan satu kebesaran Tuhan yang sungguh menginsafkan.
(maaf, tak ada gambar yang diambil pada malam bersejarah ini)

Terima kasih kepada falak-online yang singgah di dq malam tu dan buat Teman dari UIA juga falak-online, jengahlah lagi kami di sini, terima di atas pujian dari en.Syahgazer(falak-online) yang kata dq ni memang tempat yang baik tuk mencerap. Semoga lepas ni, ada lagi siri cerapan yang menyusul di sini.

Pengalaman, mengajar kita apa sebenarnya makna hidup ini. Pengalaman itu, datang dari ujian, dari tarbiah, dari alam sekeling kita. sedar tak sedar, banyak sebenarnya peristiwa yang dilalui memberi pengalaman kepada kita. Sebagai satu contoh, kes Bush dilempar kasut oleh seorang wartawan Iraq, Muntadar El-Zaidi ketika sedang berucap di Iraq. Bagi Bush, mungkin ia peristiwa yang terduga olehnya, mungkin peristiwa memalukan dan sebagainya. Mana tidaknya, sudahlah ia ditonton secara langsung di kaca tv. Bagi orang yang benci dengan Bush, ianya suatu peristiwa yang menggembirakan mereka kerana sekurang-kurangnya Bush sedar ramai orang yang bencikannya sebab dia seorang yang jahat dan kejam. Lebih teruk mempergunakan Amerika untuk kepentingan diri dan zionis.


Itu baru satu peristiwa. Bermacam tafsiran untuk satu peristiwa. Peristiwa mungkin juga satu ujian. Bukankah sebagai hamba, kita selalu diuji. Masa diuji, baru kita tahu setakat mana iman kita. Adakah baik ataupun sebaliknya. Fikir-fikirkan..

Hari ini berlalu sama seperti semalam. Banyak kisah yang berlaku menyedarkan diri tentang sebuah pencarian hidup bernama insan dan hamba. banyak ingin ku kongsi di sini. Pertamanya soal kajian ilmiah yang masih dalam proses. Tajuknya, Arah Kiblat dan Kaitannya dengan Ibadah Umat Islam. skopnya agak berlainan dari sahabat lain kerana ia lebih menekankan kepada konsep falak. Suka untuk disebut, tak banyak orang yang kenal dan tahu apa itu ilmu falak. Yang penting bagiku, ilmu yang ku kenal dan serius didalami sejak di tingkatan empat di Maahad dulu akan ku dalami dan hayati sebaik mungkin. Satu kelebihan belajar falak, ia adalah ilmu tertua di dunia an ia menggabungkan konsep saintifik dan agama. Bukankah Islam dan sains itu seiring. Seperti kata Albert Enstain, sains tanpa agama adalah buta dan agama tanpa sains adalah tempang. Jadi, renung-renungkanlah. Suatu peringatan, belajar ilmu penentuan arah kiblat suatu kewajipan bagi musafir dan fardu kifayah bagi orang yang bermastautin menurut Imam Syafie.


Kat bawah ni disertakan gambar-gambar petunjuk kiblat yang boleh digunakan. Ada masalah, kita sama-sama diskusi.


* 1)ni adalah petunjuk menggunakan buruj belantik. perhatikan arah anak panah. caranya, cari bintang ni di langit malam. n, unjurkan 3 bintang yang selari ke arah barat, anda akan temui arah yang betul. Senang dan praktikal(terutama bagi musafir dan waktu malam)


* 2) ini adalah peristiwa istiwa' adzam. Berlaku 2 kali setahun di mana pada masa ini matahari berada betul-betul di atas kaabah. Senang sahaja. ambil sebatang kayu lurus@benang yang digantung pemberat dan letakkan di tempat lapang. Arah yang bersetentang dengan bayang-bayang yang terhasil adalah arah kiblat. bagi tahun ni dah lepas. tarikh istiwa' ialah pada 28 Mei pukul 5.16 dan 16 Julai jam 5.28 petang.

Setelah sekian lama, tercapai juga cita-cita murni ini. Semoga perkongsian memberi manfaat pada semua.. Salam Juang!

Hari ini, bermula seperti hari-hari sebelumnya. rutin harian dan tangungjawab masih banyak yang belum dilunaskan. Hari-hari berlalu tak sedar, sekarang dah semester akhir, tahun akhir. terlalu banyak kenangan yang melingkari diri. Hanya yang mengerti akan memahami. perjuangan mesti diteruskan walaupun sukar sekali untuk berdiri. Tuhan, kuatkan diri ini dan sahabat seperjuanganku..