Hari ini berlalu sama seperti semalam. Banyak kisah yang berlaku menyedarkan diri tentang sebuah pencarian hidup bernama insan dan hamba. banyak ingin ku kongsi di sini. Pertamanya soal kajian ilmiah yang masih dalam proses. Tajuknya, Arah Kiblat dan Kaitannya dengan Ibadah Umat Islam. skopnya agak berlainan dari sahabat lain kerana ia lebih menekankan kepada konsep falak. Suka untuk disebut, tak banyak orang yang kenal dan tahu apa itu ilmu falak. Yang penting bagiku, ilmu yang ku kenal dan serius didalami sejak di tingkatan empat di Maahad dulu akan ku dalami dan hayati sebaik mungkin. Satu kelebihan belajar falak, ia adalah ilmu tertua di dunia an ia menggabungkan konsep saintifik dan agama. Bukankah Islam dan sains itu seiring. Seperti kata Albert Enstain, sains tanpa agama adalah buta dan agama tanpa sains adalah tempang. Jadi, renung-renungkanlah. Suatu peringatan, belajar ilmu penentuan arah kiblat suatu kewajipan bagi musafir dan fardu kifayah bagi orang yang bermastautin menurut Imam Syafie.


Kat bawah ni disertakan gambar-gambar petunjuk kiblat yang boleh digunakan. Ada masalah, kita sama-sama diskusi.


* 1)ni adalah petunjuk menggunakan buruj belantik. perhatikan arah anak panah. caranya, cari bintang ni di langit malam. n, unjurkan 3 bintang yang selari ke arah barat, anda akan temui arah yang betul. Senang dan praktikal(terutama bagi musafir dan waktu malam)


* 2) ini adalah peristiwa istiwa' adzam. Berlaku 2 kali setahun di mana pada masa ini matahari berada betul-betul di atas kaabah. Senang sahaja. ambil sebatang kayu lurus@benang yang digantung pemberat dan letakkan di tempat lapang. Arah yang bersetentang dengan bayang-bayang yang terhasil adalah arah kiblat. bagi tahun ni dah lepas. tarikh istiwa' ialah pada 28 Mei pukul 5.16 dan 16 Julai jam 5.28 petang.

0 ulasan: