Hari Rabu lepas, pihak falakonline ada buat cerapan kat Dq. Asalnya kat padang bola, tapi berpindah tempat ke kawasan rumah pengetua dq. Mungkin kawasan tu agak cerah memungkinkan mereka cari tempat yang lagi gelap. Apapun, saya awalnya mengagak cerapan tak jadi kerana dalam area pukul 9-11 malam, langit memang gelap. langsung tak nampak bintang kecuali ada la satu bintang yang agak cerah di langit. Apapun dalam area pukul 11 malam, saya mendapat satu sms dari 'junior' saya yang mengajak saya turun kerana dia pun ada di sana. Hati masih berbelah bagi. Tambahan pula dah lewat. Kurang manis untuk berjalan malam tambahan pula terpaksa melalui asrama banin untuk ke sana. Tapi, sms bertalu-talu datang memujuk saya pergi kerna masih ada banat di sana. Digagahkan diri jua untuk pergi bertemankan roommate dan seorang junior sambil tangan memegang peta bintang yang pernah diberi junior dulu. Baru je memulakan perjalanan, ada lagi teman-teman yang mahu mengikut. Dalam gelap kami berjalan (memandangkan lampu jalan ditutup tuk cerapan tu) menuju ke sana. Sesampainya di sana, saya diperkenalkan kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kelab Astronomi UIA, kebetulan masa MIASAT dulu kami pernah menjemput mereka untuk mengadakan pameran. Kiranya ada link juga la.

Sambil berbual kami tak lepas memandang langit, (cuaca elok, tapi langit berawan) menunggu masa terbaik untuk mencerap. Pihak falakonline dah pasang empat teleskop dan satu bina. Saya minta kebenaran untuk teman-teman tengok bintang sambil meneruskan perbualan dengan sahabat-sahabat UIA ni. Teringat yang peta bintang masih di tangan, saya minta junior saya ajarkan. Baru faham macammana nak gunakannya.

Apapun malam ni saya telah melihat satu kebesaran Tuhan yang jarang-jarang diteliti secara profesional. Bintang dan Bulan sentiasa menghiasi langit di malam hari, tapi pernahkan kita luangkan masa sejenak untuk menelitinya dan mengambil iktibar darinya. Banyak sekali ayat di dalam Al-Quran menceritakan tentang bintang dan alam cakerawala. Contohnya, dalam surah Yasin, ayat 37-40 yang bermaksud :


(37)- dan suatu tanda kebesaran Allah bagi mereka ialah malam ; kami tanggalkan siang dari malam itu, maka seketika itu mereka dalam kegelapan.

(38)-dan matahari berjalan dari tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Allah yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui.

(39)-dan telah kami tetapkan tempat peredaran bagi bulan setelah sampa ke peredaran terakhir, kembalilah ia seperti bentuk tandan yang tua.

(40) tidaklah mungkin bagi matahari mengejar bulan dan malam pun tidak mendahului siang. Masung-masing beredar pada garis edarnya.

Dari lagu Hijjaz,

Malam bagaikan ada tersimpan sejuta rahsia,
Malam dihiasi bintang-bintang,
Keindahan tiada taranya.

Malam ini ku saksikan satu kebesaran Tuhan yang sungguh menginsafkan.
(maaf, tak ada gambar yang diambil pada malam bersejarah ini)

Terima kasih kepada falak-online yang singgah di dq malam tu dan buat Teman dari UIA juga falak-online, jengahlah lagi kami di sini, terima di atas pujian dari en.Syahgazer(falak-online) yang kata dq ni memang tempat yang baik tuk mencerap. Semoga lepas ni, ada lagi siri cerapan yang menyusul di sini.

0 ulasan: